i'm home!

syukur alhamdulillah.... aku dah menjejakkan kakiku di bumi kesayanganku! negeri tempat aku lahir, membesar! punyalah happy masa sampai.. tapi dalam flight, bikin malu.... haha! tidur jak keja.. macam xda keja lain.. sampai encik pramugara tu tanya mo makan apa pun, masih mamai! bayangkan muka aku tengah mamai menghadap encik pramugara tu! oooohhhh, malu!! tapi.......



ni antara member2 yg turut sama fly balik sabah! :)


dan semestinya, aku dah sampai rumah.. tergoleng-goleng d ruang tamu macam bola! dan satu yg mengejutkan aku untuk cuti kali ini, kesihatan mak aku.. dia dah jumpa doktor, n doktor cakap nasib belum ada ketumbuhan kt payudara mak.. kalo ada, aku xmau! janganlah ada apa2 jadi ngn mak aku.. aku sayang gila2 ngn mak aku.. aku masih mahu mak aku d sisi aku, gayut lama2 tiap kali kmi free, xda keja.. bebelkan aku kalo aku bangun masa matahari tegak atas kepala! suruh aku buat kerja di dapur tiap petang! bagi pesanan tiap kali aku mo jalan p mana2.. mak, mak akan sihat! xda barah... nauzubillah.. mak, anak mak doakan mak supaya sembuh.. sihat macam selalu... aminn...

..alhamdulillah..

syukur alhandulillah.. ekjem yg aku jadikan topik bising2 dalam belog ini sudah habis, TAMAT! xkan ada episod lain.. insyaAllah.... dan hanya akan mula dengan episod baru untuk sem depan! terima kasih mak, bapa, adik, pakcik2, makcik2, kajen2 atas doa kmuorg.. biarpun aku tembak, bg bom jak.. tp xpa sebab aku yakin jak tulis jawapan! hehe.. apa2 pun, aku rasa tenang sekarang..

kamu kamu dan kamu dapat buat eh, jawab ekjem dgn tembakan dan letupan bom yang tepat ka?? :P




siyes aku rindu family aku!! T___T

yess! aku balik!

assalamualaikum....
hi kamu kamu dan kamu!

ekjem dah habis! boleh balik!! yeeeaaah! xsabar mo naik 'belon' yg akan mendarat di kepala kepulauan Borneo! oh KK.... lamanya sua aku xberjalan2 sana! *jgn pcaya apa aku cakap! baru jak 9 minggu yg lepas aku berjoli sana KK!* dan sila abaikan apa yg aku taip di atas ni sebab aku belum habis ekjem lg! besok last paper aku! paper last untuk bakal-bakal cikgu semester 1 PISMP... 

cakap pasal besok paper last ni kaaaann... aku sebenarnya dah siap ulangkaji semua tajuk spot! tajuk jak la yg lebih! isi kandungannya aku belum sentuh pun.... masih layan malas yg menggunung mengalahkan Gunung Everest! tinggi macam Gunung Kinabalu jak! oh.... Gunung Kinabalu... cuti sem ni aku akan menjalankan misi menawan hati kekasih hatiku! eh, bukan! misi menawan Gunung Kinabalu la.... sila jangan fikir yang bukan-bukan! aku belum edarkan borang kelulusan untuk permohonan meletak kereta di lot parkir yang disediakan! *ok, melalut tahap sot!*

ok la... aku mo choww.. meneliti kaedah pengajaran BM SR yg menjadi pilihan hati untuk merunsingkan dan memeningkan kepala! wish me.. bukan! doakan saya lulus dengan cemerlang okay! saya doakan kamu kamu dan kamu sentiasa berada di bawah lindungan dan keberkatan Yang Maha Esa... 

aku menunggu

aku menunggumu....... patutkah aku bagi ubat jampi bermantera? haiiii pengajian sukatan pelajaran bahasa melayu sekolah rendah, masuklah dalam kepalaku malam ini!!!!!!!! besok aku mo ekjem! cepatlah masuk!
aku menunggu dari sunday, monday and it's tuesday! cepatlah kemari kau datang menjelma wahai semangat! mood belajar... aku sudah buka fail BMM 3101 dari jam 8 lg.. sampai sekarang aku belum sentuh pun! keluhan minta puji keluar dari jam-jam yang lepas! :)

mood masa ekjem yang paling sempurna :
malas + xda mood + hilang semangat + ngantuk + boring + menconteng!

0/0=0

kosong.....
per kosong tiada satu tertinggal
tapi masih mengamit seribu satu rasa!
bukan dengki atau cemburu
hanya satu kebodohan yang menyelubungi
terasa terlalu bahagia menjadi mangsa angan-angan

sunyi tiada bunyi...
bila hati berdetak laju mengalirkan rasa kepedihan
perit mencalar seluruh pelusuk raga..
itu aku jadi bahagia!
penghancuran yang membahagiakan!
menyingkap satu potret hati...


bahagianya hidup! ^__^

cara paling senang dapat duit... anda pun boleh buat!

assalamualaikum... hi kamu kamu dan kamu... sihat? masih ada duit dalam saku atau dalam bank? atau kad ATM kamu tu dah xdapat 'cucuk kat dinding mesin' tu? nak tau x cara paling senang dapat duit? sebelum itu... jom lah cek baki duit dalam dompet! duit aku pun tinggal tetttt.... hehe... RAHSIA! bagi seorang pelajar tu, memang lumrah la kan kalau duit sentiasa xcukup? tu pun pasal banyak makan, banyak enjoy! *kalau beli buku tu, lain kira lah ok? tapi kan... ada antara kita ni yang senang-senang jak dapat duit.. jom kita selami situasi di bawah.... :


Aduh..... dompet aku dah kosong! habuk haram pun xda! kalau nipis tu, boleh lagi aku cover2.. ni x! dah kosong per kosong! masa inilah otak bergeliga yang menumbangkan 10 kertas SPM tu ligat memikirkan lubang-lubang rezeki yang boleh diceroboh!
yesss!! dapat! xsia-sia dapat 10A dalam SPM... bijak sungguh otak geliga aku ni!

"hello.... mak"
"hello.. ya, nak?"
"mak...... nak cakap somting ni"
"ada apa nak? cakap je"
"mak....... um, mak......" *ok, masa ni buat muka malu2 bunga tahi ayam!
"ya sayang, ada apa?"
"mak, duit dah......"
"dah habis?" potong si ibu.
"aaah... dah habis..."
"habissss....?? -------> ok, berhenti setakat ni!
masa ni, korang tau x apa yang mak korang tgh fikir???

mak : mana aku cari duit ni? nak pinjam duit dari rumah sebelah ka? anak aku xda duit sekarang ni.. dia makan apa nanti? xkan makan maggi je? kalau makan maggi, xbagus.. dia kan masih belajar.. duit.. duit..!!

"mak?"
"dalam bank tu dah kosong ka?"
"dah xda habuk pun mak"
"kamu tunggulah.. insyaAllah, hujung minggu ni, kalau ada duit, mak kirim"
"terima kasih mak! sayang mak!" *senyum kambing macam menang loteri berbillion trillion ringgit!*

....... tatkala kita senang2 hati minta duit dari mak bapa kita.. ada x kita fikir pasal dorang? kita sedap2 jak guna duit tu untuk beli barang2 branded, makan sedap2! pernah x korang fikir pasal dorang yg duduk kt rumah tu? jaga adik2... cari rezeki, berpanas terik bawah matahari...

kalau korang nak cakap:
"Eh, hello! mak ayah aku loaded tau!"
korang pernah x fikir dari mana dorang dapat duit banyak macam tu? memanglah duit tu keluar dari bank! lepas Gabenor Negara turunkan tandatangan! tapi........ hasil dari apa? mesti dari titik peluh mak bapa korang kan? punyalah senang nak tunjuk lagak cakap mak ayah loaded! dah tu, belanja duit macam buka pili air jak! mengalir laju Ringgit Malaysia tu macam aliran air paip! dah dengan senang hati belanja kawan! senyum2 macam apa jak kalau kena puji sebab sanggup belanja kawan! eh, kawan... tengok mak bapa kita tu....

bapa, ayah, abah, daddy... n bnyk lagi panggilan.. cuba tengok fizikal ayahanda korang! macam mana? cuba buat perbandingan dari zaman teruna dia dulu sampai sekarang ni.. tu tengok tu.. masa teruna, bukan main hensem lagi! idaman, pujaan wanita Malaya tu! sekaran? rambut dah ada dye original! putih... macam omputih! xpayah pegi salon! tu yang dah botak kt tengah2 kepala tu, yang selalu korang ejek tu?! korang fikir tu pasal apa? memanglah fitrah manusia, kalau dah berumur tu, akan ada perubahan-perubahan bagi fizikal kita ni.. tapi, tolonglah hormati, hargai ayah, bapa, abah, ayahanda korang tu.. bertungkus lumus bekerja, dari pagi sampai petang.. kadang2, sampai ke malam...

mama, mak, umi, mammy, ibu, bonda korang pula? ce tengok ce tengok! muka mak korang dulu macam mana? kalau masuk pertandingan ratu cantik, konpom boleh menang kan? sekarang? dah berkedut.... kusam... body dah xmacam kerengga! dah jadi sihat terlebih sihat! tu semua pasal apa? semua tu pasal mak, umi, mammy, ibu kita asyik fikirkan anak-anak dia.. dia pentingkan kebajikan anak dia.. dia takut salah bagi didikan kat anak dia.. takut anak dia xcukup keperluan hidup.. dia nak anak dia hidup dengan selesa! ibu, mak, mama, mammy, umi, bonda.... dari kita disenyawakan dalam rahim dia lagi dia dah jaga kita.. dia kuat untuk anak dia.. memang insan2 yg bergelar ibu ni banyak membebel! tapi... tengok sekarang! ko dah jadi insan kan? berfikiran positiflah.... kadang2 mak cakap dia xsakit... padahal, dia sakit sangat!

so, x salah kan kalau kita berjimat cermat? gunakan duit dengan berhemah! kalau dah tau dompet tu dalam keadaan kritikal, pandai2 lah fikir macam mana nak jimat... cara paling senang, puasa! save duit, sihatkan badan lagi! fikir-fikirkanlah.... hargailah hari ini dengan sebaiknya, jangan menyesal untuk kelmarin, baiki hari esok!


p/s : ingatan untuk diri aku juga... kita sayang mak bapa kita.. so..... fikirkanlah yang terbaik untuk diri kita dan mereka! :)

aku rindu...

aku rindu dia.. ya! dia... dia yang beri nama untuk aku.. yang akan pegang dahiku masa aku kecil dulu... yang akan hembuskan nafas dia ke dahiku.. yang akan minta aku urutkan badan dia.. 2001.... kami meniti hidup sebagai cucu dan atuk untuk yang terakhirnya. dan mulai saat itu, aku sudah tidak lagi dapat tengok dia duduk atas kerusi pegang tongkat dia. aku sudah xdapat dengar suara dia marah-marah sepupuku.. dia memang jarang senyum, jarang ketawa... dia memang garang! dan aku mewarisi sikap dia... mengalir dalam diri aku...
atuk, anak2 atuk xdapat belajar jauh2... sekarang ni, cucu- cucu atuk akan kabulkan. adik mo masuk matrik. aku 3 tahun lebih lg mo habis.. jadi cikgu.. insyaAllah...... dulu, kami masih kecil... masih sekolah rendah lagi... masih jajal-jajal lagi... sekarang, semua sudah besar... 



Ya Allah, tempatkan arwah atuk ku di kalangan hamba-Mu yang beriman... :)

EUWW! GATAL!


G.A.T.A.L??
apa kamu kamu dan kamu tau pasal gatal?? jangan ingat perempuan gediks tu jak gatal! ada banyak lagi benda yang korang perlu fikir kalo cakap pasal gatal-gatal ni...

aku sekarang ni pun gatal.... gatal hati mo buat entry! bukan gatal mo mengurat orang k??? kalo bab-bab mengurat tu.... aku nda pandai!

ok, aku gatal-gatal malam ni *statement berani pengsan! sbb mo buat entry pasal tips exam! hurm.... korang mo tau apa tips exam yg aku mo share?? mungkin agak pelik la bunyinya.... tapi, aku dapat tips ni pun dari blog orang.. rasanya, orang tu bpengalaman kali.. :)


terjun terus ke objektif p&p... 



masa exam ni, kita kena kekalkan imej kejayaan dan imej positif dalam diri baru kita bermotivasi untuk situdi! Salah satu cara mudah untuk mencapai perkara ini ialah dengan berlakon. Ya, berlakon!

Apa yang perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia. Apabila hendak berlakon, anda perlu buat betul-betul seperti orang berlakon. Anda perlu duduk seperti pelajar pintar, anda perlu buat memek muka seperti pelajar pintar, dan bergerak juga seperti pelajar pintar. Bagaimana pelajar pintar lakukan semua itu? Anda cuma perlu bayangkan sahaja kalau seseorang itu pelajar pintar, bagaimana agaknya cara mereka lakukan semua perkara tadi.

Berlakon yang anda juga adalah seorang pelajar pintar yang paling bersemangat semasa belajar. Berlakon seperti anda betul-betul berseronok dan gembira semasa anda belajar dan mengulangkaji.

Mengapa perlu berlakon?……… Sebabnya, otak anda tidak dapat membezakan sama ada berlakon atau betul-betul rasa seronok dan pintar semasa belajar. jadi, bila anda berlakon seperti pelajar pintar, pergerakan tubuh anda akan berubah jadi seperti pelajar pintar dengan sendirinya. Tetapi yang lebih hebat, pemikiran anda akan jadi lebih lancar dan lebih mudah untuk memahami sesuatu. pendek kata, anda betul-betul jadi pelajar pintar.

Saya faham, selalunya tidak lama anda boleh kekalkan berlakon begini. Tidak mengapa. Ada yang bertahan selama 10 minit. Ada yang lebih. Tetapi buat teknik ini setiap kali anda mahu belajar. lama kelamaan anda akan bertahan lebih lama. Beri sedikit masa sahaja lagi, insyaallah anda akan kekal berfikiran seperti seorang pelajar paling pintar di Malaysia.

kalo lah kita belajar dengan cara berlakon... dapatkah kita terima input pembelajaran tu haa?? atau kita just fikir pasal lakonan kita jak??? apa-apa pun, selamat mencuba! :)


ok, ni link tmpt aku ambik tips ni...  Psikologi Peperiksaan

ketakutan yang menakutkan aku...

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

assalamualaikum..

kamu, kamu dan kamu semua sihat bah juga kan? ok, direct pegi entry yang patut anda baca..
sebenarnya, benda ni semalam lagi mo post.. tapi, ntah kenapa xdapat log in.. agak sedih lah!
ok, dah melelat! balik ke pangkal entry! jummm!! :)

semalam blok kediaman kami ada buat bacaan yassin.. ni semua gara-gara kes kecurian n ada sorang member ternampak n dengar suspek tu depan pintu n baca somting yang macam mantera! haiissshh... 
teramat menakutkan..


aktiviti 'memagar' bangunan ni la first time jadi depan mataku real-se'real'nya.. dulu xpernah merasa.. 
dengar tu adalah tp kali ni.... memang agak seram.. tapi, alhamdulillah.. rasa takut tu dah xkuat gila.. 
apa-apa pun benda tu, manusia o peliharaannya, dia tetap tidak dapat menandingi kekuatan Allah S.W.T.. 

sesungguhnya, semua kejadian di muka bumi ini adalah di bawah kekuasaan Allah, Yang Maha Kuasa..



ok, out to other bussiness.. :)

lalelilolu!

bintang terlihat terang saat dirimu datang!
-----> lagu dari lappy cik Eqa Darnestra..

ohoooooo...... palak pening baca Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum!! ni bukan subjek GERKO! tapi subjek akaun, n yg lain-lain.... haaa... kepala yang pening, mata yang berat, mood yang malas! waaahhh! memang perfect la ramuan2 untuk ekjem kali ni...

jangan jadi begini kepala aku sudah!


so, KITA RAMAI-RAMAI SENYUM BACA NOTA!

senyum macam ni best! kiut kannnn??? :P
cikgu-cikgi jak yang tengah tension ngadap nota, sila senyum gini..
tengok rumet anda!
konpom la rumet anda ketawa terbahak-bahak!!



member yang lainnya dah ilek rasanya....
dah oliday!
haaa, xsabar aku mo holiday!
xsangka juga mo habis da sem 1 degree kami...
banyak gila benda yang kami buat!
*ok, ada 7 sem lagi, aku boleh tua lg d Sarawak ni!*


ok, dah cukup melepas tension sini..
---> makan marshmallow!
^____^

happy belated 20 years old for myself!

syukur alhamdulillah... Allah masih pinjamkan aku nafas dan jasad untuk aku terus bernyawa sehingga hari ini.. dan aku xsangka yang aku dah hidup kt muka bumi ni 20 tahun dah.. macam baru kelmarin aku stay kt sekolah rendah main gelongsor d bukit sampai baju kotor.. main tapuk2 ma kawan, takut mo balik rumah biarpun hari masih siang... semua benda yang aku lalui dulu kini datang balik.. dah rasa tua ni... seryesss!

tengok la dulu-dulu.....

eh salah! ni bukan aku..... hehe.. ni anak kakak sepupu aku...

haaa... ni baru aku.. yg sebelah tu, the only big bro aku... masa ni aku xtau aku umur brapa..
*ok, aku seksi teramat sangat dalam gambar ni!*

dan sekarang ni.......
masa ni aku dah umur 20 tahun! xsangka-sangka!! aku xsangka aku dah tua!! :P


ni birthday's present aku.. thanks kak Fia, Ming, Fenn, Diana n Chan...


insyaAllah, dengan bertambahnya umurku ini, akan bertambahlah juga kasih dan sayangku kepada Sang Pencipta dan begitu juga dengan amal ibadatku..



dan aku berterima kasih, bersyukur kpd mak aku...
02 MEI 1991
dia yang berperang dengan kesakitan, yg mungkin akan meragut nyawanya pada masa itu..
terima kasih mak!
TERIMA KASIH SEBAB LAHIRKAN AKU..
ku minta ampun kalau selama ku hidup, membesar depan mata mak, ku banyak buat salah..



ku xsabar mo balik Sabah! :)

i miss u sayang!

sayang sayang.... i miss u! berry berry miss u! macam strawberry, blueberry!

mesti 'u' xpecaya kan???

rasanya, opkos la 'u' xpecaya....
i miss u
more than words
can say
X!!!
hahaha.... i miss u not more than words can say bcoz i still can say it to u..
*look how broken my English are..*

yes, i do miss u...!
again, again n again..
i keep repeating the same words, u see?

there's no doubt..
i miss u a little..
i guess u could say
a little too much
a little too often
and a little more each day..



dear sayangs ku d bawah bayu, tunggu aku fly balik hujung bulan ni..
keep dreaming bout u girls..
miss u muchiemuchie!
kepala yang dah 'hang' pasal UAK.... huu... :P

oh mama aku mau kawin!

gatal bunyi entry aku hari ni..... xpayah tolong garu! masih waras lagi aku.. xda sampai nak terlebih-lebih gatal...
entry ni ku buat khas utk member aku dari tadika lagi... dia dah kahwin kelmarin.. bunyi aku ni macam frust kan? bukan aku keciwa pasal dia kena ambil orang.. tapi aku tumpang bahagia! xsangka geng yang sama perangai ngan aku.. tomboi2 dulu skg sudah kawin.. *tiba-tiba berangan mok kawin!*

ni member2 aku ngn pasangan pengantin tu... *camera tepon*

ni la pasangan pengantin tu... *camera tepon*


kepada geng keras kepala ku, Noor Azimah :
---> semuga ko dapat mengharungi hidup sebagai orang yang berstatus isteri orang sehingga akhir hayat..
---> sampai hati xtunggu aku... *perasan macam VVIP!*
---> later kita jumpajumpa k? dating kita.. jangan bawa ur husband... :P


kawan-kawan yang lain, dah datang seru.. aku, insyaAllah.. jodohku sedia menanti.. :)

alamak!

alamak bukan alah mak! *mengarut awal-awal pagi* ---> aku terlepas tulis nota yg lect baca... haaaaiissh!!
(skrg aku dlm kuliah English Language Proficiency)

William and Kate is a real story.. Romeo and Juliet?? *ok, aku cukup mengarut skg sampai soalan ni pun aku taip dlm blog aku ni... soalan ni lect kami tnya tadi.. baru jak!*

ok, makcik pakcik sekalian.. saya cukup mengarut di atas sana! minta ampun.. minta maap pasal panggil kamu kamu dan kamu makcik pakcik.. hehee... *dah2 la cari dosa tu jue!*

baiklah.. sekarang kita masuk iklan isi yang sebenarnya... *bukan lagu Yuna k?*... sebenar dan benarnya... dakwat pen aku dah nak habisss!!! hehe.. tu jak... jangan marah! aku dah keluar gila sikit pagi ni....

entry hari khamis yg xsempat d post... :P

pencuri oh pencuri

hi kamu kamu dan kamu... :)

jangan heran sebab aku post entry pagi2 buta ni.. bukan apa.. aku nak sentri sebenarnya! *kalau aku x tertidur la nanti...* mesti kamu kamu dan kamu mau tau napa aku skg ni sibuk2 mau pigi sentri kan? padahal aku stay dlm hostel... hurm..... bukan apa, ada kes kecurian!


kalau kamu kamu dan kamu mau tau, ni bukan kes mencuri hati atau kekasih orang! ini kes yang agak.... malas aku nak cakap! pencuri tu mencuri pakaian dalam wanita! hah!!! macam2 anggapan kami pasal si pencuri tu... ada yang cakap dia xcukup duit mo beli pakaian dalam utk isteri dia, ada sampai cakap untuk nenek si pencuri lagi.. tapi kan apa maksudnya itu?? gila seks ka apa?? haissh! janganlah orang tu lebih.. kami ni student ya wahai pencuri! nda banyak duit kami ini.. elaun pun tinggal berapa jak lagi.. kalau semua benda pun mau dicuri, alamatnya... bankrup kami ni!! haaaiiiyyaaa! nda pandai habis2 buat hal masa dekat ekjem ni! sungguh bikin panas kau pencuri!!!


baru2 ni, classmate aku kena curi kasut sukan n kasut bola *dua orang yg berlainan*... bayangkanlah kalau kasut kesayangan kamu kamu dan kamu kena curi?? apa kamu rasa? mesti sedih kan? memang sedih la kalau barang kita kena curi!


nasib baiklah barang aku xda kena curi! eeee, bikin takut oh itu pencuri! sampai mau ambil pakaian dalam lagi tu! hissssh! oh ya! pencuri tu seorang lelaki! *memanglah kan?*... kami tau pun pasal ada sorang classmate kami nampak suspek menyelongkar blok kediaman kami! --> classmate kami tu takut nk teriak o kejar si pencuri.. dia takut kalau2 si pencuri tu buat yang bukan2.. takut juga kalau si pencuri tu ada ilmu hitam!!!

skrg ni, ramai penghuni blok ni yg belum tidur lg... semua masih takut2... selagi si pencuri tu belum ditangkap, semua orang xkan rasa aman, damai dan tenteram!! kalaulah ada si pencuri tu malam ni, aduh! janganlah! nauzubillah....

mataku dah ngantuk sbnarnya! dah la nanti pagi kelas mula awal2... ada kuliah ganti! xdapatlah aku sentri sampai pagi nanti ni.... :)



•*¨*•♫♥♥♥•*¨*•♫♥♥♥•*¨*•♫♥♥♥•*¨*•♫♥♥♥•*¨*•♫♥♥♥•*¨*•♫♥♥♥•*¨*•

Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH