aku lari lagi.

Assalamualaikum. HI! :)

malam ini masih lagi jari-jemari aku yang sudah kembang semangkuks menari-nari di atas papan kekunci yang tak berkunci. itu maksudnya, masih lagi aku buat assignment yang perlu disubmit minggu depan dan depan. cakap mau buat kerja kan? tapi sebenarnya mata aku tengok tv! AMUKAN POCONG! tengok la betul-betul Jue. nanti ko rasa amukan pensyarah ko nanti. haha.


dan sekarang ini juga, aku tengah melalak *tak sopan langsung!* berkaraoke dalam bilik. semua genre masuk ok?! bukan mau jadi penyanyi. saja buang rasa ngantuk yang berratnya berpuluh kilo dah ni.


AKU RINDU PADA SI BAYU YANG SENTIASA ADA DI SANA. *giwang-giwang!*


kekoheranan dan struktur ayat yang memang lari sama sekali. lagsung tidak gramatis dan memerlukan pemulihan lagi. ouh, aku bukan budak pemulihan. aku budak yang suka biar blog aku cakap apa yang aku rasa. guuh, sila jangan tacing ya hati.

untuk kamu, maaf. aku lari lagi. lai dan lagi. sila jangan kejar *tolong kejar cepat sebelum aku terbang pulak!*.

k, sekian, baii.

alhamdulillah.

Assalamualaikum. HI! :)


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. syukur alhamdulillah. tugasan aku dah siap. walaupun masih ada baki 3 lagi tugasan, tapi aku bersyukur gila-gila. *aku langsung x gila, ok?* dan petang tadi, aku dapat melelapkan mata yang memang sudah diyakini kekuyuan dan keberatannya adalah hampir tidak menampakkan biji mata.


tapi, sempat aku buat itu. buat ini. dan satu benda yang aku rasa sangat tersirat masa tengok si cawan yang posing depan cermin. hasilnya, aku suka!!

gambar yang tidak diubahsuai. dimasukkan terus menerus melalui wi-fi kampus. :)


masa tengok gambar ni kan, banyak perkara pusing-pusing dalam kepala aku.
dan itu sahaja, sekian. :)

hari berbahagiaku.

Assalamualaikum. HI! :)


ALHAMDULILLAH. hari berbahagia yang aku nantikan tiba juga.


kembang semangkuk jari itu. :P


siapa sangka kan? hari paling bahagia datang. nebes? langsung xda. aku rilek habis. x main la nebes-nebes. besok pun boleh hantar assignment. mesti ko dah pening kan? gambar tu xda kaitan langsung dengan hari berbahagia aku. sebabnya, hari berbahagia aku, hari ini. yakni HARI TAK ADA KULIAH. bahagia la tu kan? bahagia sebab boleh bangun tidur bangun tidur lagi sesuka hati. haha. *jangan ditanya pasal cincin itu*



sila jangan sekeh kepala aku. jangan mencaci sumpah seranah aku. aku tengah hilang idea nak buat assignment sekarang ni. jadi, aku buat entry melalut macam biasa la. tak boleh? ada aku kisah? ini blog aku. *jangan marah. nanti kena jual!* :)



k, dah puas senyum-senyum buat entry. aku nak sambung dating dengan Encik A. a.k.a Encik Assignment!
sekian, k baii. :)

akhirnya. mata panda kembali.

Assalamualaikum. Hi! :)

bertolak jam 3.30 petang dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu Terminal 2 dan mendarat dalam jam 5.05 petang di KIA. uhhhh! serius, aku x mau balik asrama. inilah padahnya kalau cuti lebih-lebih. dan sekarang, aku buat pecutan terakhir untuk assignment aku. *padan muka. sapa suruh enjoy habis masa cuti*.


ini gambar langsung tak ada kaitan. saja nak masukkan. 



assignment aku bertimbun lagi. dan aku nak goleng-goleng meraung sambil menekan papan kekunci yang tak ada kunci ni laju - laju. 


entry yang macam tak ada koheren dengan tajuk kan? lari dari topik maknanya, markah 0. 

k, baii.

cikgu macam matahari.

Assalamualaikum. hi! :)


akhirnya, malam ini boleh tidur dengan lena. besok x payah turun sekolah. dah habis rupanya SBE aku. rindu pula dengan murid-murid di sekolah. malam ni packing. besok awal pagi naik bas balik KK. benda paling susah aku buat, mesti ka aku packing? *ayat tidak gramatis dan perlukan pemulihan!*


aktiviti pemulihan kemahiran menulis murid. mari cikgu tunjukkan. :P


dan, aku x rasa happy. rasa sebak ada la. lebih-lebih lagi, masa murid ucap 'thank you teacher and goodbye teacher!'. aduh, macam mau peluk sorang-sorang jak. *tacing-tacing*

masa tunggu bapa kawan di tepi jalan raya. ada 4 ke 5 orang murid lelaki main straw. dorang bawa cakap. so, layan jak la. ko mau ikut layan? baca dialog di bawah.

murid A : cikgu, cikgu balik sudah?
aku : iya. balik dah. minggu depan cikgu teda sudah sini.
murid B : cikgu, cikgu balik pegi kg mana?
aku : sana Tuaran
murid B : di mana cikgu? kampung apa?
aku : kamu pernah pegi Tuaran ka?
murid B : saya pegi KL lg tau cikgu.
aku : iya? pegi KK berapa kali sudah?
murid B : baru 2 / 3 kali. kalau KL, berkali - kali. cikgu, kg apa bah cikgu tinggal sana Tuaran?
aku : kamu bukan tau juga kg cikgu
murid A : itu la, bongol
aku : apa panggil kawan kamu gitu?
murid A: iya la bah cikgu. oh intan payung, kawanku yang  hensem.
aku : Aiman, bagus - bagus la sikit
murid A :cikgu, nama saya NUR. maksudnya, CAHAYA.
murid B : tapi kan cikgu, kalau tengok kulit dia ni, INI BUKAN CAHAYA. INI KEGELAPAN. (serius, aku macam mau ketawa goleng-goleng).
aku : kalau cikgu Yeth dengan cikgu?
murid B : (tengok muka Yeth) muka cikgu ni bercahaya. (tengok muka aku) muka cikgu macam matahari. ada merah-merah.

'merah-merah?' biar betul budak ni? itulah ketelusan dan kejujuran anak murid. ahhhh!

murid A : patut pun saya panas, cikgu ni matahari pula.
aku : tu la kamu gelap, kamu sentiasa panas!


seminggu. banyak benda yang dapat aku sedut, timba dan alami. macam hari ini. masuk kelas, murid tanya soalan MATH. apa lagi, aku pun ikut serta cari jawapan. dah beku, berkarat habis dah otak aku rupanya.


ok la. cukup. nanti aku terlebih-lebih.
sekian, kbaii. :)

produk dari software jemputan

Assalamualaikum, hi! :)

aku bukak lagi blog untuk malam ni! dari tadi kononnya buat kerja aka assignment. tapi, buat kerja yang bukan-bukan. hasilnya, satu produk yang entah apa-apa. tangan beku habis. berkali-kali ganda undo kerja. *jangan hiraukan ayat aku*



hasilnya : (kalau x cantik, DIAM jak!) :P

ayat itu ayat 'proverb' english. *aku pun masih blurr apa maksud proverb tu*
haha. ko ketawa jak sana. aku baling karang. :P



sudah. aku balik ke pangkal jalan. mau buat assignment sebelum aku tidur mati. :)
k, baii.

nikmat selesema di kala hujan

assalamualaikum. hi kamu.


*gambar yang macam xda kaitan langsung dengan tajuk entry.


selesema ditambah cuaca sejuk menyedapkan mata untuk landing ke alam mimpi memang tiptop! dah lebih 10 kali aku terbersin-bersin dari jam 2 tadi. duduk online di beranda rumah. memang potensi untuk bersin banyak kali itu ada! sendiri mau cari pasal kan. dah next week mau pegi SBE. nahas aku! assignment belum sentuh lagi. hati dah cakap risau. nebes. cuti jangan habis cepat.



petang yang damai aku melalut di beranda rumah sambil tekan papan kekunci dan ditemani beberapa ekor ayam peliharaan mak. jangan pening baca ayat-ayat tunggal aku. itu akibatnya bila aku dah mula melelat! :P

kbaii! sekian, bai.

cuti tanpa adik

assalamualaikum. hi anda!

hari ini Isnin. selalunya, aku tengah tahan mata yang didiami setan-setan untuk minit-minit terakhir sebelum jam 1 sebab pensyarah tengah berkuliah (ayat cikgu BM yang berterabur. sila jangan kecoh-kecohkan ayat ini, OK?). oleh kerana sekarang ini tengah cuti dan ada mesej masuk, aku tengah senyum sorang-sorang dalam bilik sambil laju- laju taip huruf atas keyboard ni. sudah! aku melencong! balik kepada usul bercuti. sekarang ni kan masa cuti sekolah anak murid para pendidik. so, cikgu- cikgu dan bakal-bakal cikgu pun kena cuti jugak. tapi, sekarang ini, aku cuti dengan Encik A a.k.a Encik Assignment. bukan Encik Axxxxxxx ok.


apa aku nak cakap tadi aa? makcik tua ni memang cepat hilang ingatan. jangan senyum. sila ketawa goleng-goleng.

masa cutimacam ni, aku memang harap semua adik-beradik aku balik. oh, bunyi macam ramai sangat adik-beradik padahal aku cuma ada abang dan sepasang adik kembar. aku duduk kat tengah-tengah. the only daughter, ok? mesti ko mau cakap aku ni manja gilak, mengada-ngada minta itu, minta ini kan? itu aku perlu diamkan. tak boleh bising, u! lagi-lagi aku melelat! potong line wireless saraf otak aku, boleh? -.-"

ini, si kurus a.k.a Adik. hahah. aku, d devil sister!

si kurus. Adik tak lari balik dari Labuan untuk minggu ni. ada aktiviti. opkos la kena utamakan aktiviti studi kan? dah budak ni memang kepala akademik jak. aku terer-terer pun tak dapat tanding dia. *sejak bila aku jadi terer?* mau luruh semua helaian rambut aku kalau aku nak dapatkan 4Flat macam Adik. dia, rilekssss gilak aku tengok. stok muvie, ambik dari aku bukan sikit. DOTA, jangan disebut. mainan juga makanan kepala Adik. apa-apa pun, aku tabik The Spring! (The Spring tu mall di Kuching. tempat lepas tension, kadang-kadang!)



ok, sekarang masa untuk pergi tinggalkan blog ini. jumpa lagi. dah jam 1 lebih. kalau kat asrama, aku dah dibuai mimpi! :)
Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH