#Untitled :)

Assalamualaikum.... Hi anda! 



Di bawah ini, hanya sebingkis coretan minda yang tengah 'berehat' dari tugasan. Bacalah kalau sudi. Bagi 'feedback' juga ya. :)







Pagi itu, matahari terbit lagi. Memancarkan cahaya segar ke pipi comel si anak gadis. Biasanya, jam sebegitu dia sudah pergi menggalas beg tangan dan memutar stereng kereta menuju ke ujana ilmu. Tapi, pagi ini dia seperti tidak berselera untuk turun awal. Hanya satu perkara yang ligat bermain di kotak mindanya. Perkara itu membelit akalnya dari semalam lagi.


“Pening.. pening. Benda macam ni, mesti dapat kelulusan aku dulu.” Rungutnya sambil menuruni tangga menuju ke ruangan mengisi perut. Kalau bukan kerana perut ni berdondang sayang, tak mungkin aku akan turun. Bukan! Eeee…. Apa yang ada dalam kepala aku ni? Kenapa semuanya serba tak kena? Kenapa? Kenapa? Aduh…..!


Dek kerana terlalu melayan perasaan, aku sendiri tak perasan yang aku telah menapak di ruangan dapur. Kalau dihadapkan cermin ke muka aku, memang nyata dan jelas kelihatan garis – garis penuaan di dahiku ini. Dengan selamba aku melihat ke arah Pak Su dan Mak Su. Eh, kenapa aku tengok Pak Su dan Mak Su dengan pandangan macam ni? Aku menjeling ke tadi tu? Harap – haraplah tidak!


“Hai, tak pergi lagi? Selalunya, dah tak nampak bayang – bayang kamu kalau dah jam sebegini.” Sindir Pak Su. Rupa – rupanya, Pak Su nak halau aku keluar awal – awal. Ni mesti kes nak bermanja mesra dengan Mak Su. Fikiranku mula melayang lagi. Siapa agaknya orang yang berani sangat jumpa dengan abang tu ya? “Eherm.” Deheman Pak Su mematikan lamunanku. Kacau daun betullah Pak Su ni. Satu garis senyuman kudihadiahkan kepada lelaki bermisai sejemput itu supaya lamunanku tidak diganggu. “Masih memikirkan berita semalam?” soal Pak Su dengan muka serius. Alahai Pak Su, kenapa soalan itu juga yang Pak Su tanyakan? Takkan tak ada soalan lain? Kenapa mesti bangkitkan perkara yang Qilah dah kuburkan semalam?


“Mak Su, sedapnya bau.” Kataku kepada Mak Su. Bau harum nasi goreng kampung yang Mak Su sediakan aku jadikan sebagai bahan untuk menukar topik yang merimaskan kepala. Soalan Pak Su aku biarkan tergantung tak bertali. Bukan aku nak tunjuk kurang ajar kepada Pak Su tapi sekarang ni hal itu membuatkan aku rimas. Teramat rimas!


“Kamu tu, jangan nak tukar topik. Mak Su kenal sangat dengan kamu.” Kata Mak Su sambil tangannya mengaut nasi goreng kampung superb hasil air tangan Mak Su sendiri ke dalam mangkuk. Memang nampak menyelerakan nasi goreng kampung tu. Apa taknya, baru siap masak. Masih berasap lagi tu. Pergggh! Oh ya! Mak Su ni cekap sangat kalau bab – bab ‘menghidu’ aku menukar topik. Sepantas kilat Mak Su boleh potong line orang tengah bercakap.


“Iye lah Mak Su.” Akurku lemah. Sepanjang aku hidup dengan Mak Su dan Pak Su, Mak Su lah mak aku. Pak Su lah ayah aku. Abang pula, setahun sekali baru bercuti. Ahh, abang. Kenapa semalam tiba – tiba abang luahkan masalah itu? Itu bukan masalah tapi bala. Bala yang tak mungkin akan aku hadapi. Aku hanya mampu berbicara dengan hatiku sendiri. Memberontak pun, hanya aku dan hatiku sahaja yang tahu. Nak diluahkan kepada Mak Su dan Pak Su, memang taklah. Mereka tu geng komplot.


“Kamu ni Aqilah, tak ada kuliah ke?” soal Pak Su sambil matanya fokus ke arah surat khabar. “Pak Su, hari ini kan cuti umum.” Jawapan ringkas penuh helahku hampir berjaya dan kelihatan Pak Su seakan mengerti dengan anggukan lemahnya. Mungkin tengah berfikir agaknya. Ye lah, mana ada cuti umum hari ni. Paling tak pun, aku sendiri yang buat cuti untuk diri sendiri.


“Eh, cuti apa hari ni? Kamu mainkan Pak Su ye?” soal Pak Su yang baru menyedari dirinya dipermainkan olehku. Lantas jarinya menjentik jariku. “Apa ni Pak Su? Tak bestlah main jentik – jentik ni.” Rajukku.


 “Ni, jari kamu ni, takkan nak biar macam ni je? Tak ceria langsung.” Gurauan Pak Su makin menusuk fikiranku yang memang dari tadi tengah kusut. “Mak Su, tolonglah Qilah. Tak naklah dengar hal tu lagi. Qilah tak nak fikir pasal benda tu dulu. Masih banyak perkara yang Qilah nak ca….” Belum sempat aku menghabiskan ayat terakhirku, Pak Su menyampuk. “Kamu fikir, dengan hidup single ni, kamu boleh buat semua? Dah nikah tak dapat nak buat apa – apa? Cuba kamu tengok Mak Su kamu tu. Kami bernikah masa dia masih study lagi. Masih juga dapat capai cita – cita dia. Berjaya lagi, kan?”


Hujah Pak Su memang boleh aku bidas tapi kerana hormat, aku diamkan. Sekali lagi, satu senyuman kuhadiahkan kepada Pak Su. “Qilah tahu. Apa yang Pak Su dan Mak Su cuba lakukan adalah demi kebahagiaan Qilah. Tapi, bukan semua orang mampu jadi seperti apa yang Pak Su dan Mak Su maksudkan. Qilah sedar setakat mana kemampuan Qilah.” Ayat itu hanya singgah di pangkal minda dan tersekat di situ. Takkan terluah dek lidah yang tak bertulang. Saat ini, hatiku terasa hendak memberontak. Tapi apakan daya, kuasa ada di tangan mereka.


Selesai menjamu nasi goreng kampung hasil air tangan Mak Su, kunci kereta kugenggam kuat. Bukan marah. Tapi kecewa. “Pak Su, Mak Su.. Qilah pergi dulu ya?” ucapku sambil menyalami kedua – duanya. “Hati – hati bawa kereta. Jangan bawa laju sangat. Fikiran jangan melayang. Ingat, kamu tu buah hati abang kamu.” Pesanan ringkas Mak Su kini bukanlah seringkas dahulu. Mendengar pesanan Mak Su, hatiku seolah – olah tersenyum. Mesti Umi macam ni kalau dia ada. Ya. Mungkin. Eh, tak. Fikiranku kacau lagi. Hanya sepatah perkataan. ‘Umi’.


Melihat kereta berwarna merah kesayanganku belum bergerak, Pak Su melaung dari kolam ikan mini di tepi garaj. “Sudah – sudahlah termenung tu Qilah. Tak ke mana kamu kalau enjin kereta tu tak hidup.” Lamunan panjangku terganggu sebaik suara Pak Su berkumandang di cuping telinga. Fikiran warasku kembali semula ke alam nyata. Enjin kereta dihidupkan. Pemanduan dimulakan dengan ungkapan basmallah. Semoga Allah redha dengan perjalanan ini.


*********************************


“Encik, minta maaf ye. Boleh tolong alihkan motor encik, tak? Kan kawasan ni tempat parkir kereta? Tempat parkir motor ada depan kafe tu.” Kataku kepada seorang pemuda yang hendak meletakkan motornya di lot parkir yang memuatkan sebuah kereta. Dalam hati, aku hampir menjerit kepada pemuda itu. “Dahlah susah nak cari parkir kat sini. Boleh – boleh pula dia parkir kat tempat yang dikhaskan untuk kereta.”


“Apa dia, cik?” soal pemuda itu selamba sambil tangannya mengemaskan rambutnya yang kelihatan tak senonoh itu. “Eh, kuat ke suara aku? Aku cakap dalam hati je pun. Takkan dia boleh dengar isi hati aku?” sempat aku bermonolog di dalam hati.


“Cik, sudah – sudahlah bercakap dengan hati tu. Kalau cik nak berbual, saya boleh temankan cik.” Tawar si pemuda dengan satu senyuman manis. Itu bukanlah manis. Itu senyuman menggoda. Tapi maaflah, aku tak minat lelaki yang murah menawarkan dirinya dengan orang yang dia tak kenal. Tapi kan, dia ni memang manis pun. Raut wajah dia tu yang manis. “Eh, apa aku merepek ni?” sempat aku berkhayal. “Maaf, saya mengejar masa. Lagipun, tak elok berbual dengan orang yang bukan muhrim. Lebih – lebih lagi di tempat macam ni. Kan, encik?”


“A..aah! Betul tu. Pandai juga cik ni ye. Ingatkan tahu bercakap seorang – seorang je tadi.” Balasnya sambil mengalihkan motornya dari lot parkir tersebut. “Alhamdulillah, Allah beri saya akal untuk berfikir dan Alhamdulillah juga kalau saya ni pandai.” Ucapku sopan kepada pemuda itu. Tapi yang sebenarnya, kata – kata yang terpacul dari mindaku ialah “Alhamdulillah, pemberian Allah dan semestinya aku pandai. Ikut Umi dan Abah.”


Hari penuh masalah ini taklah nampak bermasalah sangat sebab masa kuliah tadi, seorang pensyarah pun tak masuk. Jadinya, aku merayau ke perpustakaan. Di situ pun, aku tak jumpa apa – apa masalah. Pak Su dan Mak Su pun dah tak bangitkan hal itu lagi.


***********************************


“Qilah, mari sini. Mama dan Abah suruh turun cepat.” Kak Chik menyampaikan arahan orang tuanya dengan nafas yang tercungap – cungap di muka pintu. Kesian pula aku tengok Kak Chik ni. “Untuk apa? Qilah nak solat Asar dulu. Bagitahu Pak Su dan Mak Su, nanti Qilah turun. Boleh?” Hanya solat dapat menenangkan hatiku pada masa ini. Takkan ada yang lain. Ya, takkan ada.


“Manalah Kak Chik tahu. Ok sayang! Boleh je!” Kak Chik tetap menjawab dengan ringkas dan straight to the point walau mukanya jelas kelihatan lelah. Ayat anak gadis Pak Su dan Mak Su ni takkan ada bunga – bunga punya. Memang direct. Macam orangnya, memang open dalam segenap bab dan disebabkan itulah aku selalu meluahkan semua benda yang merungsingkan aku.


Usai solat, aku turun ke bawah. Satu helaan panjang dan berat aku lepaskan sebaik kakiku memijak tangga terakhir. Dari kejauhan, bunyi riuh – rendah suara Pak Su dan Mak Su kedengaran. “Ya Allah, dapatkah aku menempuh saat ini? Permudahkanlah bagiku, Ya Rabb.” Hanya itu doa yang mampu aku tadahkan. Siapa sangka secepat ini majlis ini berlangsung. “Aduh, aku berdiri lama – lama kat sini kenapa? Kaki ni berat sangat ke?” Satu lagi soalan aku lontarkan kepada diriku sendiri sambil kakiku melangkah ke ruang tamu. Sebaik jasadku terpacak di ruang tamu, Kak Chik menarik tanganku untuk duduk di sisinya.


Situasi pada masa ni memang tegang. Terutama sekali muka Pak Su dan Mak Su. Saat ini, aku boleh ibaratkan seperti aku tengah berada di kawasan perang. Aduh, aku tak mampu nak melihat Pak Su dan Mak Su.


“Qilah, hari ni Pak Su dan Mak Su nak tahu keputusan kamu. Dah ada jawapan?” akhirnya, terpacul juga soalan itu dari bibir Pak Su. Soalan itu membuatkan aku memejamkan mataku rapat. Serapat – rapatnya. Aku perlu mendengar kata hatiku. Aku wajib! Kalau tak, aku takkan dapat hidup dengan aman dan tenteram lagi.


Kepala kuangkat lemah. Nafas ya ku hela terasa berat walhal udara itu tak berjisim pun. “Umm…. Qi..Qilah bersedia.” Ucapku lemah. 

***************************************


*ada sambungan gik kot. Tp xtau la bila… sori.. karya x berapa umphh! J

#ringan

Assalamualaikum. Hai kamu! :)



Alhamdulillah, hujung minggu ni, si mata ringan untuk celik awal pagi dan yang paling penting, nafas masih dipinjamkan-Nya. Masih terasa ringan. Kenapa ringan?


Sebab, Allah nak permudahkan kita. Cuba bayangkan masa kita selesema (jak/je). Kita susah nak bernafas, kan? Ibaratnya, nafas itu terasa berat. Sukar untuk kita hirup.


Si mata yang ringan untuk celik awal pagi. Sesetengah orang, susah untuk mata mereka celik di awal pagi. Sebab apa? Banyak sebab. Mungkin lambat tidur dan banyak sebab lagi. 


Dulu, aku pun salah seorang daripada golongan lambat tidur, berat mata dan akibatnya, berat tulang. Tapi sekarang, aku biasakan diri tidur awal. Siapkan kerja awal, ringan-ringankan tulang untuk mengemas bilik dan sebagainya. 



"Hiduplah di jalan-Nya dengan niat Lillahi ta'ala"

#Tatihku

Assalamualaikum. Hai anda semua. Satu senyuman buat setiap kamu. :)



Alhamdulillah. Tahun ini masuk (hampir) 4 tahun aku menjadi pelatih. Guru pelatih. Sejujur dan sebenarnya, aku dulu mahu melanjutkan pelajaran ke universiti yang mana keluasannya lebih luas berbanding tempat ini. Tapi sekarang, aku lebih suka belajar di sini. Aku bersyukur aku menerima tawaran masuk ke sini kerana di sini, ada perkara yang banyak mengubah aku. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. :)


Terima kasih duhai teman kerana sokongan kamu, aku begini. 


Pada dasarnya, banyak kelemahan dan keburukan yang aku pamerkan. Malah, ada kejahilan terselit di lembah kelemahan aku. Namun, kuasa Ilahi. Si jahil mula bertatih menuju cinta-Nya. Walau aku masih mencari, ada yang memimpin aku menuju arah kebaikan. Mereka teman juga kakak - kakak dan adik - adik aku. Terima kasih.


Perubahan setiap individu bukan untuk mendapatkan pujian atau mengikut trend. Walaupun hal sebenarnya begitu, ia tidak akan kekal dengan tujuan asal. Ia akan menjadi satu perkara yang hanya Lillahi ta'ala.


Si jahil telah sedar
Kini meniti laluan dengan keinsafan.
Moga Allah redha.


"Hiduplah di jalan-Nya dengan niat Lillahi ta'ala"

Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH