hati-hati ya hati!

assalamualaikum. alhamdulillah. minggu MPPB dah siap! semuanya berjalan lancar! baru malam ini aku tergerak untuk buat entry baru.. seminggu lebih blog ini sunyi dari lalutan aku. biarlah aku melalut. ini blog aku. kalo ada yang rasa aku terlebih-lebih, sila tutup page ini. terima kasih! okeh, balik ke tajuk entry!


hati! perlu hati-hati kalo dah masuk bab hati! hati adalah tempat yang paling 'fragile' (kalo bahasa omputih!)! kadang-kadang, dengan hanya satu ayat, hati kita sudah meletup! kan? sila anguk kalo betul dan sila diam-diam kalo salah. dalam bahasa melayu pun ada peribahasa yang menggunakan 'hati'. contohnya, makan hati, murah hati, sakit hati, hati batu (kalo salah, maafkan!).

hati, tempat paling senang kotor! tiap masa, akan ada kejadian yang akan menjadikan kita mengalami pelbagai masalah hati. kalo senang hati, xpayah bising. tapi, jangan lupa bersyukur. setitik hitam, jika tidak dibersihkan, lama-kelamaan akan mengotori hati kita.



“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”




dan sesungguhnya, Dia telah menciptakan jasad kita, tumbuhan dan sekalian alam untuk menjadi ingatan kepada kita akan Dia Yang Maha Kuasa dengan ciptaanNya yang indah dan pelbagai di muka bumi ini. 

saat-saat terakhir.. :)

alhamdulillah.... cuti dah mo habis! dah masanya aku balik ke Sarawak pada esok hari! macam xpuas goleng-goleng di rumah! biarpun berat hati mo balik situ, tapi....... ku ringankan hati yang berat itu! skg ni pun belum tidur pasal baru siap packing barang (yang banyaknya, makanan jak!) dan tadi, nasib aku perasan yang flight aku tu jam 1350 dr BKI ke KCH.. bukan 1530! kalo aku xsedar tadi, alamatnya, aku terpaska beli tiket baru yang harganya akan berlipat ganda! kalo besok ada masa lagi, mo berjalan di tamu ma BF tersayang! (cik Fara n cik Wawa).



cuti kali ni best sebab dapat jumpa abang, n si kembar (adik-adikku).. tapi yang xbestnya tu, Mak Wa aku meninggal. semua orang terkejut sebab awal pagi tu, dia sempat lagi senyum-senyum, main-main. aku pun sempat lagi tengok arwah Mak Wa bercakap dengan Bobo pagi Selasa tu. alih-alih, mak aku kol suruh balik dari rumah kawan (bapa kawan meninggal hari Selasa tu juga) sebab arwah Mak Wa kononnya pengsan di kedai. bapaku cakap, ambulans akan datang bawa Mak Wa. x sangka pula yang ambulans tu hantar jasad Mak Wa yang kaku jak. mungkin bagi orang lain, ini perkara yang biasa. tapi bagi aku, family aku... ini suatu kejutan yang paling besar.

besok sepatutnya ada Mak Wa cium aku sebelum aku balik Sarawak! tiap kali aku balik Sarawak, dia yang akan cium aku.. tapi besok, xda lagi.

Setiap pinjaman yang ada di muka bumi ini akan kembali kepada pemilik asalnya, Yang Esa.

puding ouh puding

assalamualaikum..

hi kamu kamu dan kamu! sihat malam ni? konpom dh BW skg kan? jam 7 td memang xda orang yg BW tu kan... mata fokus tengok ceta Nora Elena kan? (sama macam akulah tu..). hari ini, happy gilo (dalam waras!) sebab dah dapat buat desert yang aku idam2kan sebelum ini..... terlebih eksaited aku tadi sebenarnya sampai gula tu hangus.. eh, jangan pening masa ku cakap pasal gula hangus tu.. bah, cukup2 lah dulu kita melalut aaa... sekarang, masa untuk kamu kamu dan kamu tenguk gambar puding tu..


nilah gambar puding yang aku buat petang tadi... oh ya! ni puding caramel! :)

sebenarnya, aku try buat jak petang tadi.. fikir xjadi sebab bahan2 yg sepatutnya ada tu xda kat aku (jangan pening!) sebelum ini, aku ada juga buat puding roti.. tu aku belajar masa Kem Bina Insan Guru dari fasi kumpulan aku.. yang itu, aku xda ambik gambar tapi masih ingat lagi la macam cara mo buat puding roti tu... kredit to fasi kumpulan Shark : Puan Zuely!

so, sekarang... cara2 mo buat puding caramel ni...
bahan-bahannya :
  1. telur : 6 biji
  2. susu cair / susu pekat : 1 tin
  3. gula : 3/4 cawan....
  4. air tu guna yang dr paip boleh, air mineral pun boleh.. 
  5. tepung : ku ada guna dua sudu tepung biasa tadi! hehehe
proses-proses sebelum puding terhasil :
  1. pukul telur dalam bekas yang sepatutnya, bukan dalam kuali okay!
  2. dalam bekas lain, masukkan susu cair / susu pekat dan air... kacau sampai sebati!
    *kalau guna susu pekat, guna setin boleh, guna separuh pun boleh...
  3. campurkan telur ke dalam susu cair/pekat dan air tadi.. dan masukkan sikit tepung!
  4. untuk caramel tu pula, masukkan air (1/4 cawan) dan gula (3/4 cawan) dalam kuali.. gaul sampai warna kekuning-kuningan.. jangan sampai hangus!
  5. masukkan caramel dalam loyang.
  6. masukkan campuran dalam no 3 tu dalam loyang.
  7. tutup loyang guna aluminium foil
  8. kukuslah dalam masa sejam..

kalau dah siap, jangan terus masuk mulut macam yang aku buat tadi ya! masukkan dalam peti sejuk! selamat mencubaaa yaaa! :)

aku rindu BUAH KURMA

assalamualaikum.... 
selamat petang untuk senatero dunia (biar bukan 1 dunia yg baca blog aku!)


xlama lagi bulan Ramadhan datang kan? masa bulan Ramadhan nantilah yang akan banyak muncul buah kurma.. kalo sekarang ni, cubalah cari... susah mo dapat.. n tiba2 jak aku rasa mo makan buah kurma.. macam lidah ni mo merasa kemanisan buah kurma.. (aku xtipu okey!).. manis buah kurma tu sedap kan? bukan macam gula pasir sekilo!




ihsan pacik google!



Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis (beruntunglah orang yang negaranya adalah pengeluar buah kurma kan?). Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : 
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25.

"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : 
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih."

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : 
"Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka. Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.


Kepadamu Wanita..Agar Dikau Bahagia..

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

penyelesaian tudung / shawl

assalamualaikum...

malam ni, aku mo share pasal cara menyelesaikan 'muncung' tudung atau shawl yang tidak keruan.. (aku adalah orang yang paling nda ketentuan kalo muncung tudung tu terlambai-lambai).. satu cara penyelesaian kes kaum berhijab ni adalah....
-
-

-
-
-
-
-
-
-
ni la benda yg akan tolong kita kemaskan hijab kita tu..
namanya : kiwi kleen fabric starch
*maaf sebab aku xda buat tutorial utk menyelesaikan problem ni*


baiklah, jum kita pegi cara menyelesaikan problem ituu...
  1. spray kt muncung tu (yg kt bahagian dahi)
  2. iron bahagian yg dh d spray (cukup rasa sudahlah! eh, cukup keras.. jangan sampai terbakar!)
  3. pakai macam biasa tudung o shawl tu..

*aku pun belum try cara ni.. insyaAllah lepas ni aku try.. kakak senior kt IPG aku tu ada bgtau yg classmate dia guna cara ni untuk kemaskan bahagian 'muncung' tudung dia.. so, i hope it'll work! insyaAllah..*

such a great day!

alhamdulillah.. hari ini hari paling best! pagi2 lae sudah pigi pekan.. jalan2 ma cik Sandora ngan cik Faridah! pusing2 satu pekan kononnya mo cari hadiah untuk pengantin.. sekali, hadiah untuk diri sendiri yang banyak! habislah juga berpuluh2 sen! hehehe.. yang paling best, si Dora buat gila.. bawa aku ma Fara balik guna jalan belakang kubur! sott... dah aku tergelincir! nasib xjatuh gedebuk! masa jalan2 ni, kami xda pun ambik gambar.. kamera aku tinggal.. *sengaja ditinggalkan*


sekarang ni pun, baru balik dari tengok acara 'mandi bedak' (salah 1 tradisi kaum Bajau!).. sempat buat gila2! dah tadi masa pengantin atas pelamin kmi sibuk posing ambik gambar sendiri! dan yang peliknya, macik2 d kg ni macam nda pernah tinguk aku... (aku ngaku aku xda jalan2 sampai hujung kampung!).. aku buat biasa jak la.. xkan aku marah2 dorang pula kan? sempat jugalah kami ambik 1 o 2 gambar dgn pengantin...

ni gambar ngan pengantin...
Ayu (adik Fara), kak Ina, Iqa, Aku, Pengantin, Fara n Wiwie...



ok, ni gambar kmi berempat! yg tepi aku tu, Dora yang akan celebrate birthday dia tengah malam ni! Yess, ada 1 orang lg masuk group 20 tahun..
*Fara, Iqa, Dora n aku*


baiklah, tu jak untuk malam ni! mo isi borang untuk adik yang akan masuk hostel minggu ni!
sleep tight, sweet dream! :)

aku terima nikahnya!

alhamdulillah.... dah sah! tamatlah sudah zaman bujangku.. xsangka, lepas 19tahun aku dibesarkan oleh mak bapaku, aku kini selamat menjadi hak milik dia, kekasih hatiku.

tatkala si dia melafazkan "aku terima nikahnya......tunai", aku secara rasminya di mata makhluk ciptaan Allah, para malaikat dan depan Allah s.w.t telah menjadi hak milik seorang Adam yang mendambakan kasih dan kebahagiaan dunia akhirat.. aku berharap, dia akan membimbing aku hingga ke syurga! memimpin tanganku untuk sama-sama membina mahligai bahagia.. hanya Allah yang tahu betapa bahagianya aku ketika dia melafazkan ayat suci yang akan mengikat aku dengan dirinya..

sesungguhnya, kaum Adam dikurniakan bahu yang bidang untuk memudahkan mereka memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin kepadaku, pemimpin keluarga dan pemimpin dunia.. mereka dikurniakan tangan yang besar dan kuat agar genggaman tangan mereka utuh, tidak akan terlepas. tanganku tidak mampu mengalahkan tanganmu walaupun tanganku lebih besar daripada rakan-rakan yang lain..






oh ya! sebenarnya, entry kali ini khas untuk junior aku yg juga jiran aku d kg ni... SELAMAT PENGANTIN BARU ya?? semoga kekal hingga ke akhir hayat! :)




aku belum boleh kahwin! mak aku blom bagi green light! :P

high heels VS health

assalamualaikum..


entry ini, khas untuk kaum-kaum hawa sahaja ya.. kalo untuk kaum adam, agak peliklah aku. ok, aku melalut!


heels pun ada anatomi... baru aku tau! *kesiannya aku!*


nampak cantik kan kaki kaum hawa yang sedang memakai high heels? sebenarnya, seksa bagi kaum hawa! kecuali mereka yang memang suka dan tak pernah berenggang dengan high heels ni.. tapi kalo aku ngan member2 yang lain, memang selalu bising pasal heels ni. kaki melecetlah, itulah, inilah... blablabla..! sebenarnya, high heels ni banyak kemudaratan kepada kaum hawa!



1. LUTUT
Pemakaian kasut tumit tinggi akan mengubah postur badan seseorang dan ini menyebabkan beban yang tinggi pada bahagian dalam lutut. Lutut merupakan tempat yang biasa diserang osteoarthritis. Satu kajian telah dijalankan dan menunjukkan pertambahan tekanan di lutut sebanyak 26% dengan pemakaian kasut tumit tinggi.

a) Postur
Kasut tumit tinggi menolak titik berat badan ke depan dan menyebabkan ketidaksejajaran antara peha dan tulang belakang.

b) TekananKasut tumit tinggi mungkin boleh menjadikan kaki anda kelihatan panjang tetapi tekanan di bahagian depan kaki anda akan bertambah berkadar langsung dengan penambahan ketinggian kasut tumit tinggi anda.

2.BETIS
Otot di bahagian betis akan mengerut(contract) untuk menyesuaikan dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Otot akan memendek dan menjadi ketat (tighten).

3. MORTON'S NEUROMA
Tapak kasut yang tinggi serta hujung kasut yang tirus akan menyebabkan penebalan tisu disekeliling saraf yang terletak antara jari kaki yang ketiga dan keempat. Ini akan menyebabkan rasa sakit dan kebas pada kaki.

4. BUNIONS
Kasut yang ketat akan menyebabkan pertumbuhan tisu tulang pada dasar sendi ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan tertolak ke arah jari kedua dan menyebabkan rasa sakit.


























5. HAMMERTOES (jari kaki berbentuk tukul)

Hujung kasut yang runcing akan menolak kaki untuk berada dlm keadaan bengkok pada sendi di bahagian tengah kaki. Jadi otot yang terdapat pada jari kedua, ketiga dan keempat tidak dapat diluruskan walaupun apabila sudah menanggalkan kasut.

























6. PUMP BUMP

Tali kasut (strap) yang tebal dan keras boleh menyakitkan tumit dan menyebabkan penebalan tulang yang dikenali sebagai "Hagglund's deformitiy"






















FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi
  • Jejaskan peluang untuk dapat anak
  • Punca rambut gugur
  • Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
  • Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
  • Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid


jadi, kaum-kaumhawa di luar sana, silalah ambil perhatian yang lebih ya?? jangan kerana ingin kelihatan cantik, anda sanggup merana! fikirkan... :)

special one!

assalamualaikum..
hi kamu kamu dan kamu...



ni budak special one! untuk hari ini... sebab, dia aialah birthday girl untuk 2hb Jun ini.. dah masuk 20 tahun dah dia ni! 


banyak benda yang kami share.. ramai tu xda.. sebab antara dia n aku, satu perbezaan yang cukup besar.. aku ni jenis yg member lain cakap kena kurung d rumah.. n budak kt gmbr tu, ada freedom sikit la.. tp sampai sekarang, dia masih ok. syukurlah!

ok,
cik Siti a.k.a Cit a.k.a Aeshah

minta maaf dari pangkal rambut, sampai hujung kuku jari kaki ku k? selama kita berkawan... memang! banyak perkara yang jadi! ingat masa kita sklh menengah dulu?? time tu, kita selalu jak bertanding kan? mo dapat markah paling tinggi! kalo kalah, konpom la jeles habis! hahaha.. lawaklawak! tapi, tu cerita 3 tahun lepas.. masa kita masih dengan arwah! kan kan kan? aku ngn arwah la selalu gila2 kan? hahaa... apa-apa pun, HAPPY BIRTHDAY! *tepon xda kredit mo nyanyi birthday song tuk ko macik!* semoga amalan kebajikanmu dan ibadahmu akan lebih baik.. dan kejayaan akan senantiasa bersama denganmu.. semoga dapat jadi macik nurse yang baik, bagi ubat yang betul ngn pesakit! :)

hi June!

assalamualaikum...
alhamdulillah... dah masuk bulan baru kita kan?? an an an? *macam kt ceta Sifu & Tonga* terima kasih May! kalau May xda, xkan ada lah bulan June kan? dan kalau bulan May xda, aku pun xkan lahir 20 tahun yang lepas..


June.... banyak benda, perkara yang jadi.. tahun ini, baru kelmarin dulu aku round2 kt KK.. kelmarin pula, adikku yg bongsu tu tinggalkan kembar dia n kami semua utk balik hostel.. dan baru tadi dia call mak.. sempat tanya khabar dia kt matrik tu.. xsangka aku.. adik aku dh besar dan aku pun dh terlebih besar! kami dh xda adik kecil lagi.. cakap pasal si adik ni, aku rindu pula mo gaduh2 ngn dia.. biarpun dia n kembar dia tu lelaki, aku tetap cari nahas gaduh2 ngn dorang.. ngn abang aku lagi lah! paling manang orang Sabah bilang! haha... *tahan air mata!*

dan kembali kepada bulan June tahun lalu.. tahun yang aku rasa menyakitkan dan menyedihkan buat aku dan member2 aku yang lain.. kami kehilangan seorang kawan.. dan dia, kawan rapat aku! seyes aku rindu ngn dia.. dan untuk hilangkan rasa kehilangan aku, sampai sekarang, hampir setahun dia pergi meninggalkan alam duniawi kita ni, aku masih xberani jejakkan kaki ku kt pusara dia.. aku masih belum pernah jenguk mak arwah.. aku takut aku xkuat utk berdiri depan rumah yg slalu kami lepak masa tunggu kelas tambahan mula.. tempat kami masak mee maggi, makan sama2.. sampai sekarang, aku xdapat lupa.. dalam bilik aku ni pun, aku masih terbayang dia terbaring, ketawa sakan, membebel pasal betapa panasnya bilikku.. masa main perahu depan rumah.. semua tu masih tersusun rapi dalam ingatan aku.. sungguh aku rindukan dia! dan aku tau, aku xboleh meratapi pemergian arwah.. sesungguhnya, dialah teman, dialah juga penasihatku... :'(

dan, June tahun ini, baru bermula 12.00 am semalam.. masih panjang perjalanan hidup untuk bulan ini.. minggu depan, insyaAllah, ekspidisi mendaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di AT akan aku ikuti... doakan aku selamat pergi dan selamat balik..


take care yap? i'll owez love u! :*
Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH