Showing posts with label kisahati. Show all posts
Showing posts with label kisahati. Show all posts

excited dan sakai.

Assalamualaikum.

alhamdulillah, akhirnya terbuka lagi dinding bersawang ini. lama dah aku x conteng apa-apa dalam ni. malam ni, aku mau conteng puas-puas. tapi sekarang, aku hilang semua idea mau conteng apa dalam entry ni. kejap!
(aku memang blurr mau conteng pasal apa.)


baiklah. aku mulakan dengan apa yang jadi awal bulan Disember ni. minggu pertama tu, kazen aku bertunang. aku xda la penat betul sebab ramai orang kg tolong buat kerja. aku n kazen-kazen yang lain apa lagi, ambil kesempatan untuk buat kerja gila. sudah mak cik tu cakap stok kuih x banyak, kami makan lagi lebih - lebih. tapi x habis pun kuih tu kami makan. lepas tu, aku banyak 'tapuk' dalam rumah. malas mau jalan. kalau bab-bab jalan ni kan, aku minta maaf betul-betul. kalau aku xda kawan, aku malas NO. 1 mau jalan. jadi, dengan sukacitanya, aku mau bagitau yang masa cuti ni aku dapat cuti puas-puas. dah hilang mata panda aku. :)

rasanya Zorro n Gojet mau main keyboard lappy aku. dua-dua pun main pijak keyboard ni jak. nasib kamu dua sumil. kalau x, aku masukkan kamu dalam kotak kamu balik. sebelum aku lari keluar dari dinding blog ni, bagus aku cakap pasal tajuk aku tu kan?

excited dan sakai. bukan orang lain pun yang excited n sakai tu. aku juga. normallah kan kalau perasaan gila-gila gitu ada kan? sebenarnya, aku excited sebab jumpa Teh C Peng Special. minuman 'febret' aku kalau di Sarawak. x sangka pula ada minuman tu di Pekan Tuaran. rasa macam mau teriak kuat-kuat lepas nampak minuman tu depan mata. dan masa tu jugalah kesakaian aku muncul. terus kawan aku cakap, aku sakai. ok, aku terima dengan redha. jadi, kalau aku mengidam mau minum minuman tu, aku pegi jak Medan Selera di pekan. nasib jugalah xda orang duduk di meja sebelah, kalau x, malu habis......... :)

petang tadi, aku pegi culik kunci kereta. start enjin jak pun. aku x drive pegi luar kereta tu. mau dekat 1tahun dah lesen P. tapi..... faham-fahamlah. sudahlah masa buka pintu kereta tu, sempat lagi salah masuk kunci. dekat 1/2 jam baru kunci dapat keluar. mau nangis jak aku... dulu pun, aku juga yang buat kunci kereta patah. bertuah ada tangan 'monster'... :)

contengan bersama dua ekor kucing sumil. ♥

sakit

assalamualaikum. 

hi kamu. x lama lagi, aku akan berangkat ke KIA untuk menaiki pesawat AirAsia menuju ke Sibu. bukan ke Sabah.  minggu depan cuti seminggu, merayaulah jawapannya. tapi xtau la sama ada ku dapat bertahan ka x. sebab aku baru jak cabut gigi petang tadi. masih ada denyutan sakit dan pendarahan masih lancar mengalir. tapi dah kurang la darah tu. nasib ada ais. kalau xda ais, aku xtau mo cakap apa. mesti aku dah tergoleng-goleng. seriously, gigi geraham ni memang sakit. dah besar jak luka (bekas gigi) tu. eh, atau gigi aku memang besar? tadi, doktor gigi tu pun payah semacam jak mo cabut gigi aku. sampai dia cakap "amboi.... kuatnya gigi!" hahahaha.. lawak la jugak. berkali-kali doktor tu try cabut gigi aku. dalam 5 kali macam tu baru dapat cabut. kuat pula gigi aku ni... tu la pasal gusi aku sampai terkoyak sikit. SAKITT!!!!!!! tapi xpa la. asalkan sembuh cepat. doakan gusi ku cepat sembuh. aminnnnn... :)



bukan mata pena. hanya papan aksara.

tajuk yang serius di pagi hari! :)

jejari ini kian laju dan lancar menekan papan aksara yang akan menghasilkan satu babak hati. ya, babak hati yang kian terluka dan terguris. waduh, serius bangat bunyi nya buk! memang serius pun!

"hati - hati dengan hati yang mudah terasa hati"
hati manusia, zahirnya memang kita xkan dapat lihat kecuali kita bedah badan dorang dan tengok apa yang ada di dalam tu. tapi hakikatnya, kita boleh tau akan situasi hati empunya hati. riak mukanya saja dah menggambarkan satu babak hati. kalau kita dapat tau perasaan sebenar si pemilik hati, mungkin kita akan lebih berjaga - jaga kan? tapi, keadaan hati kita disembunyikan dari pandangan orang lain.

"beratnya hati mengundang sendu"
pemendaman rasa dan kekalutan jiwa adakalanya akan membuatkan kita berasa sangat tertekan dan menjadikan kita lebih banyak berdiam daripada bertegang. berdiam tidak semestinya mengalah. berdiam adakalanya untuk mengelakkan pihak lain untuk tidak terasa hati. menjaga hati mereka. tapi, ada sesetengah manusia, mereka lebih suka mengaggung-aggungkan diri mereka jika kita berdiam diri. "diam itu tandanya setuju". memang ada yang akan berdiam jika bersetuju. namun, ada yang malas untuk meluahkan kata dan ada yang menyampah sehingga tidak mampu untuk berkata - kata. hanya istighfar pelembut hati.

"hati ini, Dia dan aku sahaja yang punya. bukan dengan kau"
setiap makhluk di muka bumi ini dipinjamkan dengan satu hati saja. so, jagalah hati diri sendiri terlebih dahulu dan jagalah juga hati orang lain sebagaimana anda menjaga hati anda sendiri. adakalanya, kita rasa orang lain tidak kisah pasal diri, perasaan anda. tapi, cuba try test uji hati anda sendiri terlebih dahulu. fikir dan selami perkara yang telah anda lakukan. memang, manusia tidak dilahirkan dengan kesempurnaan. mencari yang cukup sempurna jua akan merosakkan diri. Allah berikan kita hati dalam jasad kita agar kita dekat dengan Dia. berbicara dari hati yang juga hak milik abadi-Nya secara telus. Dia adalah tempat yang paling baik untuk kita mengadu. bukan setakat kesedihan dan kemalangan. tapi, kegembiraan juga. alhamdulillah..



"hati dan jasad itu adalah satu pinjaman yang seiring.."
maaf ya hati. terlalu banyak luka dan calar padamu.

saat-saat terakhir.. :)

alhamdulillah.... cuti dah mo habis! dah masanya aku balik ke Sarawak pada esok hari! macam xpuas goleng-goleng di rumah! biarpun berat hati mo balik situ, tapi....... ku ringankan hati yang berat itu! skg ni pun belum tidur pasal baru siap packing barang (yang banyaknya, makanan jak!) dan tadi, nasib aku perasan yang flight aku tu jam 1350 dr BKI ke KCH.. bukan 1530! kalo aku xsedar tadi, alamatnya, aku terpaska beli tiket baru yang harganya akan berlipat ganda! kalo besok ada masa lagi, mo berjalan di tamu ma BF tersayang! (cik Fara n cik Wawa).



cuti kali ni best sebab dapat jumpa abang, n si kembar (adik-adikku).. tapi yang xbestnya tu, Mak Wa aku meninggal. semua orang terkejut sebab awal pagi tu, dia sempat lagi senyum-senyum, main-main. aku pun sempat lagi tengok arwah Mak Wa bercakap dengan Bobo pagi Selasa tu. alih-alih, mak aku kol suruh balik dari rumah kawan (bapa kawan meninggal hari Selasa tu juga) sebab arwah Mak Wa kononnya pengsan di kedai. bapaku cakap, ambulans akan datang bawa Mak Wa. x sangka pula yang ambulans tu hantar jasad Mak Wa yang kaku jak. mungkin bagi orang lain, ini perkara yang biasa. tapi bagi aku, family aku... ini suatu kejutan yang paling besar.

besok sepatutnya ada Mak Wa cium aku sebelum aku balik Sarawak! tiap kali aku balik Sarawak, dia yang akan cium aku.. tapi besok, xda lagi.

Setiap pinjaman yang ada di muka bumi ini akan kembali kepada pemilik asalnya, Yang Esa.
Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH