MAAF

Bismillah.. Assalamualaikum!


Alhamdulillah, setelah berapa adab laman ini dibiarkan sunyi sepi tak bertuan. Akhirnya tuan tanah turun padang hari ini walaupun hakikat sebenarnya pada hari ini tuan tanah patut turun sekolah. Nasiblah sekolah cuti. :) *ok, mukadimah skema.


Alhamdulillah, dah masuk semester baru (baru hari ni juga aku mention pasal semester baru padahal semester baru mula 17 Jun tu lagi. Nampak sangat aku ni tak update laman ni.) dan alhamdulillah, minggu ni merupakan minggu kedua aku menjalani praktikum. Tau apa itu praktikum? Hanya bakal guru sahaja yang menjalani praktikum ni. Kalau bidang lain, praktikum tu dipanggil praktikal. Sama je pun. Ok, cukup aku melalut.


Disebabkan hari ini hari Jumaat, Nuzul Quran, maka dapatlah aku membuat entri ini. Kan aku dah cakap sekolah aku cuti. Tu pasal tuan tanah ni datang bersiar - siar dalam 'taman' ni.


Set induksi yang panjang berjela. Ok, sekarang masuk ke isi sebenar bagi tajuk di atas. MAAF. Satu perkataan yang mengandungi empat aksara. Mudah bagi si penutur bahasa mengungkapkannya. Tapi belum tentu terkesan di benak si penutur.

Kepada kamu yang sering meminta MAAF itu, tolonglah hentikan perbuatan kamu itu. Sungguh aku tidak selesa. Bukan ingin menyombong diri tapi sekarang bukan masanya untuk aku masuk ke alam yang kamu inginkan. MAAF dari aku. Aku belum punya angan dan impian untuk mengikut jejak yang ingin kau bawa. Masih banyak, bertimbun - timbun lagi perkara lain yang menunggu dalam senarai anganku. Banyak benda lain yang perlu aku fikirkan. Ramai lagi orang lain yang perlu aku utamakan.

MAAF jika aku pernah memberi ruang untuk kamu. Walau aku tahu aku tidak pernah memberi apa - apa kepada sesiapa. Satu perkara yang ingin aku katakan. Jika kamu percaya dengan aturan hidup, redhalah. Ikut saja aliran hidup kamu. Tak susah kan? Jadilah seperti daun kering yang redha dengan haluan dirinya yang bergerak mengikut arus sungai.

MAAF dari aku. Andai ada yang tak suka dengan entri ini. MAAF. Ini blog persendirian tuan tanah.




sesungguhnya kita tak tahu bila tarikh luput nyawa kita..



*Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati*

No comments:

Post a Comment

Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH