hati-hati ya hati!

assalamualaikum. alhamdulillah. minggu MPPB dah siap! semuanya berjalan lancar! baru malam ini aku tergerak untuk buat entry baru.. seminggu lebih blog ini sunyi dari lalutan aku. biarlah aku melalut. ini blog aku. kalo ada yang rasa aku terlebih-lebih, sila tutup page ini. terima kasih! okeh, balik ke tajuk entry!


hati! perlu hati-hati kalo dah masuk bab hati! hati adalah tempat yang paling 'fragile' (kalo bahasa omputih!)! kadang-kadang, dengan hanya satu ayat, hati kita sudah meletup! kan? sila anguk kalo betul dan sila diam-diam kalo salah. dalam bahasa melayu pun ada peribahasa yang menggunakan 'hati'. contohnya, makan hati, murah hati, sakit hati, hati batu (kalo salah, maafkan!).

hati, tempat paling senang kotor! tiap masa, akan ada kejadian yang akan menjadikan kita mengalami pelbagai masalah hati. kalo senang hati, xpayah bising. tapi, jangan lupa bersyukur. setitik hitam, jika tidak dibersihkan, lama-kelamaan akan mengotori hati kita.



“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”




dan sesungguhnya, Dia telah menciptakan jasad kita, tumbuhan dan sekalian alam untuk menjadi ingatan kepada kita akan Dia Yang Maha Kuasa dengan ciptaanNya yang indah dan pelbagai di muka bumi ini. 

No comments:

Post a Comment

Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH