Showing posts with label some tips. Show all posts
Showing posts with label some tips. Show all posts

penyelesaian tudung / shawl

assalamualaikum...

malam ni, aku mo share pasal cara menyelesaikan 'muncung' tudung atau shawl yang tidak keruan.. (aku adalah orang yang paling nda ketentuan kalo muncung tudung tu terlambai-lambai).. satu cara penyelesaian kes kaum berhijab ni adalah....
-
-

-
-
-
-
-
-
-
ni la benda yg akan tolong kita kemaskan hijab kita tu..
namanya : kiwi kleen fabric starch
*maaf sebab aku xda buat tutorial utk menyelesaikan problem ni*


baiklah, jum kita pegi cara menyelesaikan problem ituu...
  1. spray kt muncung tu (yg kt bahagian dahi)
  2. iron bahagian yg dh d spray (cukup rasa sudahlah! eh, cukup keras.. jangan sampai terbakar!)
  3. pakai macam biasa tudung o shawl tu..

*aku pun belum try cara ni.. insyaAllah lepas ni aku try.. kakak senior kt IPG aku tu ada bgtau yg classmate dia guna cara ni untuk kemaskan bahagian 'muncung' tudung dia.. so, i hope it'll work! insyaAllah..*

high heels VS health

assalamualaikum..


entry ini, khas untuk kaum-kaum hawa sahaja ya.. kalo untuk kaum adam, agak peliklah aku. ok, aku melalut!


heels pun ada anatomi... baru aku tau! *kesiannya aku!*


nampak cantik kan kaki kaum hawa yang sedang memakai high heels? sebenarnya, seksa bagi kaum hawa! kecuali mereka yang memang suka dan tak pernah berenggang dengan high heels ni.. tapi kalo aku ngan member2 yang lain, memang selalu bising pasal heels ni. kaki melecetlah, itulah, inilah... blablabla..! sebenarnya, high heels ni banyak kemudaratan kepada kaum hawa!



1. LUTUT
Pemakaian kasut tumit tinggi akan mengubah postur badan seseorang dan ini menyebabkan beban yang tinggi pada bahagian dalam lutut. Lutut merupakan tempat yang biasa diserang osteoarthritis. Satu kajian telah dijalankan dan menunjukkan pertambahan tekanan di lutut sebanyak 26% dengan pemakaian kasut tumit tinggi.

a) Postur
Kasut tumit tinggi menolak titik berat badan ke depan dan menyebabkan ketidaksejajaran antara peha dan tulang belakang.

b) TekananKasut tumit tinggi mungkin boleh menjadikan kaki anda kelihatan panjang tetapi tekanan di bahagian depan kaki anda akan bertambah berkadar langsung dengan penambahan ketinggian kasut tumit tinggi anda.

2.BETIS
Otot di bahagian betis akan mengerut(contract) untuk menyesuaikan dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Otot akan memendek dan menjadi ketat (tighten).

3. MORTON'S NEUROMA
Tapak kasut yang tinggi serta hujung kasut yang tirus akan menyebabkan penebalan tisu disekeliling saraf yang terletak antara jari kaki yang ketiga dan keempat. Ini akan menyebabkan rasa sakit dan kebas pada kaki.

4. BUNIONS
Kasut yang ketat akan menyebabkan pertumbuhan tisu tulang pada dasar sendi ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan tertolak ke arah jari kedua dan menyebabkan rasa sakit.


























5. HAMMERTOES (jari kaki berbentuk tukul)

Hujung kasut yang runcing akan menolak kaki untuk berada dlm keadaan bengkok pada sendi di bahagian tengah kaki. Jadi otot yang terdapat pada jari kedua, ketiga dan keempat tidak dapat diluruskan walaupun apabila sudah menanggalkan kasut.

























6. PUMP BUMP

Tali kasut (strap) yang tebal dan keras boleh menyakitkan tumit dan menyebabkan penebalan tulang yang dikenali sebagai "Hagglund's deformitiy"






















FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi
  • Jejaskan peluang untuk dapat anak
  • Punca rambut gugur
  • Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
  • Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
  • Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid


jadi, kaum-kaumhawa di luar sana, silalah ambil perhatian yang lebih ya?? jangan kerana ingin kelihatan cantik, anda sanggup merana! fikirkan... :)

cara paling senang dapat duit... anda pun boleh buat!

assalamualaikum... hi kamu kamu dan kamu... sihat? masih ada duit dalam saku atau dalam bank? atau kad ATM kamu tu dah xdapat 'cucuk kat dinding mesin' tu? nak tau x cara paling senang dapat duit? sebelum itu... jom lah cek baki duit dalam dompet! duit aku pun tinggal tetttt.... hehe... RAHSIA! bagi seorang pelajar tu, memang lumrah la kan kalau duit sentiasa xcukup? tu pun pasal banyak makan, banyak enjoy! *kalau beli buku tu, lain kira lah ok? tapi kan... ada antara kita ni yang senang-senang jak dapat duit.. jom kita selami situasi di bawah.... :


Aduh..... dompet aku dah kosong! habuk haram pun xda! kalau nipis tu, boleh lagi aku cover2.. ni x! dah kosong per kosong! masa inilah otak bergeliga yang menumbangkan 10 kertas SPM tu ligat memikirkan lubang-lubang rezeki yang boleh diceroboh!
yesss!! dapat! xsia-sia dapat 10A dalam SPM... bijak sungguh otak geliga aku ni!

"hello.... mak"
"hello.. ya, nak?"
"mak...... nak cakap somting ni"
"ada apa nak? cakap je"
"mak....... um, mak......" *ok, masa ni buat muka malu2 bunga tahi ayam!
"ya sayang, ada apa?"
"mak, duit dah......"
"dah habis?" potong si ibu.
"aaah... dah habis..."
"habissss....?? -------> ok, berhenti setakat ni!
masa ni, korang tau x apa yang mak korang tgh fikir???

mak : mana aku cari duit ni? nak pinjam duit dari rumah sebelah ka? anak aku xda duit sekarang ni.. dia makan apa nanti? xkan makan maggi je? kalau makan maggi, xbagus.. dia kan masih belajar.. duit.. duit..!!

"mak?"
"dalam bank tu dah kosong ka?"
"dah xda habuk pun mak"
"kamu tunggulah.. insyaAllah, hujung minggu ni, kalau ada duit, mak kirim"
"terima kasih mak! sayang mak!" *senyum kambing macam menang loteri berbillion trillion ringgit!*

....... tatkala kita senang2 hati minta duit dari mak bapa kita.. ada x kita fikir pasal dorang? kita sedap2 jak guna duit tu untuk beli barang2 branded, makan sedap2! pernah x korang fikir pasal dorang yg duduk kt rumah tu? jaga adik2... cari rezeki, berpanas terik bawah matahari...

kalau korang nak cakap:
"Eh, hello! mak ayah aku loaded tau!"
korang pernah x fikir dari mana dorang dapat duit banyak macam tu? memanglah duit tu keluar dari bank! lepas Gabenor Negara turunkan tandatangan! tapi........ hasil dari apa? mesti dari titik peluh mak bapa korang kan? punyalah senang nak tunjuk lagak cakap mak ayah loaded! dah tu, belanja duit macam buka pili air jak! mengalir laju Ringgit Malaysia tu macam aliran air paip! dah dengan senang hati belanja kawan! senyum2 macam apa jak kalau kena puji sebab sanggup belanja kawan! eh, kawan... tengok mak bapa kita tu....

bapa, ayah, abah, daddy... n bnyk lagi panggilan.. cuba tengok fizikal ayahanda korang! macam mana? cuba buat perbandingan dari zaman teruna dia dulu sampai sekarang ni.. tu tengok tu.. masa teruna, bukan main hensem lagi! idaman, pujaan wanita Malaya tu! sekaran? rambut dah ada dye original! putih... macam omputih! xpayah pegi salon! tu yang dah botak kt tengah2 kepala tu, yang selalu korang ejek tu?! korang fikir tu pasal apa? memanglah fitrah manusia, kalau dah berumur tu, akan ada perubahan-perubahan bagi fizikal kita ni.. tapi, tolonglah hormati, hargai ayah, bapa, abah, ayahanda korang tu.. bertungkus lumus bekerja, dari pagi sampai petang.. kadang2, sampai ke malam...

mama, mak, umi, mammy, ibu, bonda korang pula? ce tengok ce tengok! muka mak korang dulu macam mana? kalau masuk pertandingan ratu cantik, konpom boleh menang kan? sekarang? dah berkedut.... kusam... body dah xmacam kerengga! dah jadi sihat terlebih sihat! tu semua pasal apa? semua tu pasal mak, umi, mammy, ibu kita asyik fikirkan anak-anak dia.. dia pentingkan kebajikan anak dia.. dia takut salah bagi didikan kat anak dia.. takut anak dia xcukup keperluan hidup.. dia nak anak dia hidup dengan selesa! ibu, mak, mama, mammy, umi, bonda.... dari kita disenyawakan dalam rahim dia lagi dia dah jaga kita.. dia kuat untuk anak dia.. memang insan2 yg bergelar ibu ni banyak membebel! tapi... tengok sekarang! ko dah jadi insan kan? berfikiran positiflah.... kadang2 mak cakap dia xsakit... padahal, dia sakit sangat!

so, x salah kan kalau kita berjimat cermat? gunakan duit dengan berhemah! kalau dah tau dompet tu dalam keadaan kritikal, pandai2 lah fikir macam mana nak jimat... cara paling senang, puasa! save duit, sihatkan badan lagi! fikir-fikirkanlah.... hargailah hari ini dengan sebaiknya, jangan menyesal untuk kelmarin, baiki hari esok!


p/s : ingatan untuk diri aku juga... kita sayang mak bapa kita.. so..... fikirkanlah yang terbaik untuk diri kita dan mereka! :)

EUWW! GATAL!


G.A.T.A.L??
apa kamu kamu dan kamu tau pasal gatal?? jangan ingat perempuan gediks tu jak gatal! ada banyak lagi benda yang korang perlu fikir kalo cakap pasal gatal-gatal ni...

aku sekarang ni pun gatal.... gatal hati mo buat entry! bukan gatal mo mengurat orang k??? kalo bab-bab mengurat tu.... aku nda pandai!

ok, aku gatal-gatal malam ni *statement berani pengsan! sbb mo buat entry pasal tips exam! hurm.... korang mo tau apa tips exam yg aku mo share?? mungkin agak pelik la bunyinya.... tapi, aku dapat tips ni pun dari blog orang.. rasanya, orang tu bpengalaman kali.. :)


terjun terus ke objektif p&p... 



masa exam ni, kita kena kekalkan imej kejayaan dan imej positif dalam diri baru kita bermotivasi untuk situdi! Salah satu cara mudah untuk mencapai perkara ini ialah dengan berlakon. Ya, berlakon!

Apa yang perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia. Apabila hendak berlakon, anda perlu buat betul-betul seperti orang berlakon. Anda perlu duduk seperti pelajar pintar, anda perlu buat memek muka seperti pelajar pintar, dan bergerak juga seperti pelajar pintar. Bagaimana pelajar pintar lakukan semua itu? Anda cuma perlu bayangkan sahaja kalau seseorang itu pelajar pintar, bagaimana agaknya cara mereka lakukan semua perkara tadi.

Berlakon yang anda juga adalah seorang pelajar pintar yang paling bersemangat semasa belajar. Berlakon seperti anda betul-betul berseronok dan gembira semasa anda belajar dan mengulangkaji.

Mengapa perlu berlakon?……… Sebabnya, otak anda tidak dapat membezakan sama ada berlakon atau betul-betul rasa seronok dan pintar semasa belajar. jadi, bila anda berlakon seperti pelajar pintar, pergerakan tubuh anda akan berubah jadi seperti pelajar pintar dengan sendirinya. Tetapi yang lebih hebat, pemikiran anda akan jadi lebih lancar dan lebih mudah untuk memahami sesuatu. pendek kata, anda betul-betul jadi pelajar pintar.

Saya faham, selalunya tidak lama anda boleh kekalkan berlakon begini. Tidak mengapa. Ada yang bertahan selama 10 minit. Ada yang lebih. Tetapi buat teknik ini setiap kali anda mahu belajar. lama kelamaan anda akan bertahan lebih lama. Beri sedikit masa sahaja lagi, insyaallah anda akan kekal berfikiran seperti seorang pelajar paling pintar di Malaysia.

kalo lah kita belajar dengan cara berlakon... dapatkah kita terima input pembelajaran tu haa?? atau kita just fikir pasal lakonan kita jak??? apa-apa pun, selamat mencuba! :)


ok, ni link tmpt aku ambik tips ni...  Psikologi Peperiksaan

sekerap manakah perlu kita buat entry baru?

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

satu soalan yang kerap bloggers fikirkan dalam minda adalah "perlukah aku post banyak2 untuk naikkan trafik aku?" "perlukah aku post entry baru lagi?". haa.. ni soalan yang selalu ada dalam minda korang kan? xpa.. sekali sehari pun dah cukup..

sebenarnya, banyak faktor pendorong yang akan menaikkan trafik blog anda. salah satunya, entry yang menarik. kadang-kadang, entry yang pelik pun akan naikkan trafik anda semua. so, fikirkan entry yang bernas dan menarik. sesuai dengan T&C yang dikehendaki pembaca blog anda.

1. kalau anda suka buat entry pasal news atau tips atau apa2 yang anda suka, teruskan usaha anda.. rasanya, satu entry sehari sudah memadai..

2. kalau blog anda adalah pasal topik yang general, frequency entry anda akan lebih tinggi.

3. kalau anda rajin buat contest atau bagi award kt followers anda, blog anda akan naik dia punya frequency..

4. lastly, bagi tau ngan pembaca setia blog anda kalau anda xdapat buat entry... *masa bercuti, kerja banyak, assignment, exam, etc..

so, ini bloggers yg ada blog (opkos la kan?), kita kena pandai fikir strategi yang berkesan!

Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH