EUWW! GATAL!


G.A.T.A.L??
apa kamu kamu dan kamu tau pasal gatal?? jangan ingat perempuan gediks tu jak gatal! ada banyak lagi benda yang korang perlu fikir kalo cakap pasal gatal-gatal ni...

aku sekarang ni pun gatal.... gatal hati mo buat entry! bukan gatal mo mengurat orang k??? kalo bab-bab mengurat tu.... aku nda pandai!

ok, aku gatal-gatal malam ni *statement berani pengsan! sbb mo buat entry pasal tips exam! hurm.... korang mo tau apa tips exam yg aku mo share?? mungkin agak pelik la bunyinya.... tapi, aku dapat tips ni pun dari blog orang.. rasanya, orang tu bpengalaman kali.. :)


terjun terus ke objektif p&p... 



masa exam ni, kita kena kekalkan imej kejayaan dan imej positif dalam diri baru kita bermotivasi untuk situdi! Salah satu cara mudah untuk mencapai perkara ini ialah dengan berlakon. Ya, berlakon!

Apa yang perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia. Apabila hendak berlakon, anda perlu buat betul-betul seperti orang berlakon. Anda perlu duduk seperti pelajar pintar, anda perlu buat memek muka seperti pelajar pintar, dan bergerak juga seperti pelajar pintar. Bagaimana pelajar pintar lakukan semua itu? Anda cuma perlu bayangkan sahaja kalau seseorang itu pelajar pintar, bagaimana agaknya cara mereka lakukan semua perkara tadi.

Berlakon yang anda juga adalah seorang pelajar pintar yang paling bersemangat semasa belajar. Berlakon seperti anda betul-betul berseronok dan gembira semasa anda belajar dan mengulangkaji.

Mengapa perlu berlakon?……… Sebabnya, otak anda tidak dapat membezakan sama ada berlakon atau betul-betul rasa seronok dan pintar semasa belajar. jadi, bila anda berlakon seperti pelajar pintar, pergerakan tubuh anda akan berubah jadi seperti pelajar pintar dengan sendirinya. Tetapi yang lebih hebat, pemikiran anda akan jadi lebih lancar dan lebih mudah untuk memahami sesuatu. pendek kata, anda betul-betul jadi pelajar pintar.

Saya faham, selalunya tidak lama anda boleh kekalkan berlakon begini. Tidak mengapa. Ada yang bertahan selama 10 minit. Ada yang lebih. Tetapi buat teknik ini setiap kali anda mahu belajar. lama kelamaan anda akan bertahan lebih lama. Beri sedikit masa sahaja lagi, insyaallah anda akan kekal berfikiran seperti seorang pelajar paling pintar di Malaysia.

kalo lah kita belajar dengan cara berlakon... dapatkah kita terima input pembelajaran tu haa?? atau kita just fikir pasal lakonan kita jak??? apa-apa pun, selamat mencuba! :)


ok, ni link tmpt aku ambik tips ni...  Psikologi Peperiksaan

No comments:

Post a Comment

Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH