yess! aku balik!

assalamualaikum....
hi kamu kamu dan kamu!

ekjem dah habis! boleh balik!! yeeeaaah! xsabar mo naik 'belon' yg akan mendarat di kepala kepulauan Borneo! oh KK.... lamanya sua aku xberjalan2 sana! *jgn pcaya apa aku cakap! baru jak 9 minggu yg lepas aku berjoli sana KK!* dan sila abaikan apa yg aku taip di atas ni sebab aku belum habis ekjem lg! besok last paper aku! paper last untuk bakal-bakal cikgu semester 1 PISMP... 

cakap pasal besok paper last ni kaaaann... aku sebenarnya dah siap ulangkaji semua tajuk spot! tajuk jak la yg lebih! isi kandungannya aku belum sentuh pun.... masih layan malas yg menggunung mengalahkan Gunung Everest! tinggi macam Gunung Kinabalu jak! oh.... Gunung Kinabalu... cuti sem ni aku akan menjalankan misi menawan hati kekasih hatiku! eh, bukan! misi menawan Gunung Kinabalu la.... sila jangan fikir yang bukan-bukan! aku belum edarkan borang kelulusan untuk permohonan meletak kereta di lot parkir yang disediakan! *ok, melalut tahap sot!*

ok la... aku mo choww.. meneliti kaedah pengajaran BM SR yg menjadi pilihan hati untuk merunsingkan dan memeningkan kepala! wish me.. bukan! doakan saya lulus dengan cemerlang okay! saya doakan kamu kamu dan kamu sentiasa berada di bawah lindungan dan keberkatan Yang Maha Esa... 

No comments:

Post a Comment

Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH