cara paling senang dapat duit... anda pun boleh buat!

assalamualaikum... hi kamu kamu dan kamu... sihat? masih ada duit dalam saku atau dalam bank? atau kad ATM kamu tu dah xdapat 'cucuk kat dinding mesin' tu? nak tau x cara paling senang dapat duit? sebelum itu... jom lah cek baki duit dalam dompet! duit aku pun tinggal tetttt.... hehe... RAHSIA! bagi seorang pelajar tu, memang lumrah la kan kalau duit sentiasa xcukup? tu pun pasal banyak makan, banyak enjoy! *kalau beli buku tu, lain kira lah ok? tapi kan... ada antara kita ni yang senang-senang jak dapat duit.. jom kita selami situasi di bawah.... :


Aduh..... dompet aku dah kosong! habuk haram pun xda! kalau nipis tu, boleh lagi aku cover2.. ni x! dah kosong per kosong! masa inilah otak bergeliga yang menumbangkan 10 kertas SPM tu ligat memikirkan lubang-lubang rezeki yang boleh diceroboh!
yesss!! dapat! xsia-sia dapat 10A dalam SPM... bijak sungguh otak geliga aku ni!

"hello.... mak"
"hello.. ya, nak?"
"mak...... nak cakap somting ni"
"ada apa nak? cakap je"
"mak....... um, mak......" *ok, masa ni buat muka malu2 bunga tahi ayam!
"ya sayang, ada apa?"
"mak, duit dah......"
"dah habis?" potong si ibu.
"aaah... dah habis..."
"habissss....?? -------> ok, berhenti setakat ni!
masa ni, korang tau x apa yang mak korang tgh fikir???

mak : mana aku cari duit ni? nak pinjam duit dari rumah sebelah ka? anak aku xda duit sekarang ni.. dia makan apa nanti? xkan makan maggi je? kalau makan maggi, xbagus.. dia kan masih belajar.. duit.. duit..!!

"mak?"
"dalam bank tu dah kosong ka?"
"dah xda habuk pun mak"
"kamu tunggulah.. insyaAllah, hujung minggu ni, kalau ada duit, mak kirim"
"terima kasih mak! sayang mak!" *senyum kambing macam menang loteri berbillion trillion ringgit!*

....... tatkala kita senang2 hati minta duit dari mak bapa kita.. ada x kita fikir pasal dorang? kita sedap2 jak guna duit tu untuk beli barang2 branded, makan sedap2! pernah x korang fikir pasal dorang yg duduk kt rumah tu? jaga adik2... cari rezeki, berpanas terik bawah matahari...

kalau korang nak cakap:
"Eh, hello! mak ayah aku loaded tau!"
korang pernah x fikir dari mana dorang dapat duit banyak macam tu? memanglah duit tu keluar dari bank! lepas Gabenor Negara turunkan tandatangan! tapi........ hasil dari apa? mesti dari titik peluh mak bapa korang kan? punyalah senang nak tunjuk lagak cakap mak ayah loaded! dah tu, belanja duit macam buka pili air jak! mengalir laju Ringgit Malaysia tu macam aliran air paip! dah dengan senang hati belanja kawan! senyum2 macam apa jak kalau kena puji sebab sanggup belanja kawan! eh, kawan... tengok mak bapa kita tu....

bapa, ayah, abah, daddy... n bnyk lagi panggilan.. cuba tengok fizikal ayahanda korang! macam mana? cuba buat perbandingan dari zaman teruna dia dulu sampai sekarang ni.. tu tengok tu.. masa teruna, bukan main hensem lagi! idaman, pujaan wanita Malaya tu! sekaran? rambut dah ada dye original! putih... macam omputih! xpayah pegi salon! tu yang dah botak kt tengah2 kepala tu, yang selalu korang ejek tu?! korang fikir tu pasal apa? memanglah fitrah manusia, kalau dah berumur tu, akan ada perubahan-perubahan bagi fizikal kita ni.. tapi, tolonglah hormati, hargai ayah, bapa, abah, ayahanda korang tu.. bertungkus lumus bekerja, dari pagi sampai petang.. kadang2, sampai ke malam...

mama, mak, umi, mammy, ibu, bonda korang pula? ce tengok ce tengok! muka mak korang dulu macam mana? kalau masuk pertandingan ratu cantik, konpom boleh menang kan? sekarang? dah berkedut.... kusam... body dah xmacam kerengga! dah jadi sihat terlebih sihat! tu semua pasal apa? semua tu pasal mak, umi, mammy, ibu kita asyik fikirkan anak-anak dia.. dia pentingkan kebajikan anak dia.. dia takut salah bagi didikan kat anak dia.. takut anak dia xcukup keperluan hidup.. dia nak anak dia hidup dengan selesa! ibu, mak, mama, mammy, umi, bonda.... dari kita disenyawakan dalam rahim dia lagi dia dah jaga kita.. dia kuat untuk anak dia.. memang insan2 yg bergelar ibu ni banyak membebel! tapi... tengok sekarang! ko dah jadi insan kan? berfikiran positiflah.... kadang2 mak cakap dia xsakit... padahal, dia sakit sangat!

so, x salah kan kalau kita berjimat cermat? gunakan duit dengan berhemah! kalau dah tau dompet tu dalam keadaan kritikal, pandai2 lah fikir macam mana nak jimat... cara paling senang, puasa! save duit, sihatkan badan lagi! fikir-fikirkanlah.... hargailah hari ini dengan sebaiknya, jangan menyesal untuk kelmarin, baiki hari esok!


p/s : ingatan untuk diri aku juga... kita sayang mak bapa kita.. so..... fikirkanlah yang terbaik untuk diri kita dan mereka! :)

No comments:

Post a Comment

Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH