Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

anak dan mak

assalamualaikum..



bila lahir seorang bayi berjantina perempuan, maka hakikat sebenar mengenai peranan seorang perempuan/gadis/wanita adalah termaktub dengan sendirinya dalam diri bayi itu. bercerita pasal kelahiran, tugas melahirkan adalah terletak di bahu seorang wanita. 

wanita melahirkan zuriat suami untuk menyambung waris keturunan.

seorang anak *perempuan khasnya* akan malu untuk bertanya hal-hal sensored dengan mak. aku pun gitu juga. tapi dengan tiba-tiba aku boleh pula ringan mulut tanya mak aku.

"mak, lahirkan baby sakit ka?"
"mana sakit"

teruslah aku minta penjelasan lebih sikit. mak aku cakap bedah lagi sakit dari 'natural birth'. aku xdapat mau cakap apa. mak aku cakap dari pengalaman dia. baru tengok video orang bersalin jak ketakutan + kegelian + keseraman. tapi apa-apapun, seorang wanita adalah pembentuk insan soleh dan solehah.



"Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji."

HAPPY BIRTHDAY!

assalamualaikum...

malam ni, tepat jam 12 tadi, adik-adik aku genap 18 tahun. dah besar rupanya adik-adik aku. dan aku mestilah makin besar (dari segi usia). 18 tahun lepas, mesti mak aku bertarung nyawa untuk lahirkan dorang dua ni. kalau x silap, ada jarak 54 minit untuk tunggu kelahiran adik. hurmm. dulu, arwah Mak Wa, arwah Mak Yai, dan nenek aku ada cakap :

"sebenarnya, yang 'keluar' lambat tu abang sebab dia bagi laluan untuk adik dia 'keluar' dulu."

so, Alek adalah adik dan Adik adalah abang? aieesssh. aku dah konpius. apa-apa pun, tahun ni tahun pertama Adik sambut birthday dia jauh dari family. (aku teringat masa aku sambut birthday aku jauh dari family dulu. beberapa tahun lepas.) tadi ku post dlm wall Alek dan Adik. Alek jak yang respons. Adik mesti struggle study sekarang. xlama lagi PSPM (ekjem di Matrik. aku dah lupa apa nama penuh ekjem tu). Alek rilek jak sebab UiTM sekarang kan cuti. so, dia malar jak online.

baru petang tadi tengok gambar kami masa kecil-kecil. berpeluk sakan! hahaha.. sekarang, mesti ada malu-malu sudah tu. tapi xpa.


ni masa umur berapa, aku xtau...


yang ni Adik. budak matrik. hey, don't be sad. we'll be ur side. :)


Alek. dekat dengan mama n bapa, jangan manja lebih2!


nanti, insyaAllah, kakak kamu belikan hadiah untuk kamu. minggu depan kakak kamu ni jalan-jalan pegi Sibu. so, harap2 jak kamu dua ada benda untuk kamu. :)


I MISS BOTH OF YOU! STUDY HARD! :)

20 to 21

assalamualaikum.. syukur alhamdulillah.. masih bernyawa aku di malam hari. hephep! kuyu semacam dah sebenarnya mata ni. tapi, sengaja lagi mo buat entry. dah sakit tekak skg ni.. sabar jak la.. ujian kecil jak kan.. tapi banyak merungut!

20 to 21! mesti ada yang heran kenapa aku letak tittle tu mcm tu kan? tu aku sebenarnya dah masuk 21 tahun semalam. means, 17 Syawal. ni untuk tahun Hijrah. xsangka pula aku dah masuk 21 tahun dalam tahun Hijrah. macam cepat sungguh. tak pa, Allah masih pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk aku buat apa yang patut sebagai hamba-Nya.

tadi siang, kami pergi Kem Penrissen lagi. wahh! jumpa abang askar seh! aku agak lawak juga la.. sebab sebelum ni, ada somting kat sana.. haha.. hanya roomate aku yang tahu. tapi tadi, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. aktiviti makan berjalan dengan jayanya! nasib aku budak baik. x main kenyit-kenyit mata yang xgatal depan dorang. ok, betul-betul aku x da buat ok. harap maklum. saya ni pemalu sikit. 

dah siap beraya rumah mentor kami (kat Kem Penrissen tu la..), kami pegi beraya pula kat rumah makcik Kak Fia. haha.. makan kek lapis sedappppp.... makcik Kak Fia punya masakan memang sedap! thumbs up! double lagi! best beraya ngan classmate! dan tiba-tiba, aku rindu suasana beraya dengan ahli lembaga kelas sekolah menengah aku dulu. tahun 2009 adalah tahun last kami enjoy raya sama-sama. aku rindukan arwah Rahba. bestfriend aku masa sekolah dulu. apa-apa pun, itu ketentuan Illahi. keredhaan itu adalah yang utama.

tadi masa balik hostel, kami cerita pasal orang mo kawen. then macam biasa, aku akan cakap "bestnya.." dan kali ni, ada pula yang menyampuk.. "kamu pun kawen la cepat-cepat. saya nak duit raya.." hahaa.. lawak ouhh.. sampai aku jawab dengan jujurnya "xda boyperen, xda calon suami, macam mana saya nak kawen?" what a funny conversations among us inside Xi Zhen's car. hahaha. nice day with nice girls!

really-really enjoy it! :)

aku, mama (mentor kami) n Ruby

ni gambar kami sekelas bersama mama kami.. except Faezah yang kini berada di Pahang. :)
ketinggianku itu hanyalah dibantu wedges.. jangan tertipu.. :P

special one!

assalamualaikum..
hi kamu kamu dan kamu...



ni budak special one! untuk hari ini... sebab, dia aialah birthday girl untuk 2hb Jun ini.. dah masuk 20 tahun dah dia ni! 


banyak benda yang kami share.. ramai tu xda.. sebab antara dia n aku, satu perbezaan yang cukup besar.. aku ni jenis yg member lain cakap kena kurung d rumah.. n budak kt gmbr tu, ada freedom sikit la.. tp sampai sekarang, dia masih ok. syukurlah!

ok,
cik Siti a.k.a Cit a.k.a Aeshah

minta maaf dari pangkal rambut, sampai hujung kuku jari kaki ku k? selama kita berkawan... memang! banyak perkara yang jadi! ingat masa kita sklh menengah dulu?? time tu, kita selalu jak bertanding kan? mo dapat markah paling tinggi! kalo kalah, konpom la jeles habis! hahaha.. lawaklawak! tapi, tu cerita 3 tahun lepas.. masa kita masih dengan arwah! kan kan kan? aku ngn arwah la selalu gila2 kan? hahaa... apa-apa pun, HAPPY BIRTHDAY! *tepon xda kredit mo nyanyi birthday song tuk ko macik!* semoga amalan kebajikanmu dan ibadahmu akan lebih baik.. dan kejayaan akan senantiasa bersama denganmu.. semoga dapat jadi macik nurse yang baik, bagi ubat yang betul ngn pesakit! :)

i'm home!

syukur alhamdulillah.... aku dah menjejakkan kakiku di bumi kesayanganku! negeri tempat aku lahir, membesar! punyalah happy masa sampai.. tapi dalam flight, bikin malu.... haha! tidur jak keja.. macam xda keja lain.. sampai encik pramugara tu tanya mo makan apa pun, masih mamai! bayangkan muka aku tengah mamai menghadap encik pramugara tu! oooohhhh, malu!! tapi.......



ni antara member2 yg turut sama fly balik sabah! :)


dan semestinya, aku dah sampai rumah.. tergoleng-goleng d ruang tamu macam bola! dan satu yg mengejutkan aku untuk cuti kali ini, kesihatan mak aku.. dia dah jumpa doktor, n doktor cakap nasib belum ada ketumbuhan kt payudara mak.. kalo ada, aku xmau! janganlah ada apa2 jadi ngn mak aku.. aku sayang gila2 ngn mak aku.. aku masih mahu mak aku d sisi aku, gayut lama2 tiap kali kmi free, xda keja.. bebelkan aku kalo aku bangun masa matahari tegak atas kepala! suruh aku buat kerja di dapur tiap petang! bagi pesanan tiap kali aku mo jalan p mana2.. mak, mak akan sihat! xda barah... nauzubillah.. mak, anak mak doakan mak supaya sembuh.. sihat macam selalu... aminn...

aku rindu...

aku rindu dia.. ya! dia... dia yang beri nama untuk aku.. yang akan pegang dahiku masa aku kecil dulu... yang akan hembuskan nafas dia ke dahiku.. yang akan minta aku urutkan badan dia.. 2001.... kami meniti hidup sebagai cucu dan atuk untuk yang terakhirnya. dan mulai saat itu, aku sudah tidak lagi dapat tengok dia duduk atas kerusi pegang tongkat dia. aku sudah xdapat dengar suara dia marah-marah sepupuku.. dia memang jarang senyum, jarang ketawa... dia memang garang! dan aku mewarisi sikap dia... mengalir dalam diri aku...
atuk, anak2 atuk xdapat belajar jauh2... sekarang ni, cucu- cucu atuk akan kabulkan. adik mo masuk matrik. aku 3 tahun lebih lg mo habis.. jadi cikgu.. insyaAllah...... dulu, kami masih kecil... masih sekolah rendah lagi... masih jajal-jajal lagi... sekarang, semua sudah besar... 



Ya Allah, tempatkan arwah atuk ku di kalangan hamba-Mu yang beriman... :)
Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH