MAAF

Bismillah.. Assalamualaikum!


Alhamdulillah, setelah berapa adab laman ini dibiarkan sunyi sepi tak bertuan. Akhirnya tuan tanah turun padang hari ini walaupun hakikat sebenarnya pada hari ini tuan tanah patut turun sekolah. Nasiblah sekolah cuti. :) *ok, mukadimah skema.


Alhamdulillah, dah masuk semester baru (baru hari ni juga aku mention pasal semester baru padahal semester baru mula 17 Jun tu lagi. Nampak sangat aku ni tak update laman ni.) dan alhamdulillah, minggu ni merupakan minggu kedua aku menjalani praktikum. Tau apa itu praktikum? Hanya bakal guru sahaja yang menjalani praktikum ni. Kalau bidang lain, praktikum tu dipanggil praktikal. Sama je pun. Ok, cukup aku melalut.


Disebabkan hari ini hari Jumaat, Nuzul Quran, maka dapatlah aku membuat entri ini. Kan aku dah cakap sekolah aku cuti. Tu pasal tuan tanah ni datang bersiar - siar dalam 'taman' ni.


Set induksi yang panjang berjela. Ok, sekarang masuk ke isi sebenar bagi tajuk di atas. MAAF. Satu perkataan yang mengandungi empat aksara. Mudah bagi si penutur bahasa mengungkapkannya. Tapi belum tentu terkesan di benak si penutur.

Kepada kamu yang sering meminta MAAF itu, tolonglah hentikan perbuatan kamu itu. Sungguh aku tidak selesa. Bukan ingin menyombong diri tapi sekarang bukan masanya untuk aku masuk ke alam yang kamu inginkan. MAAF dari aku. Aku belum punya angan dan impian untuk mengikut jejak yang ingin kau bawa. Masih banyak, bertimbun - timbun lagi perkara lain yang menunggu dalam senarai anganku. Banyak benda lain yang perlu aku fikirkan. Ramai lagi orang lain yang perlu aku utamakan.

MAAF jika aku pernah memberi ruang untuk kamu. Walau aku tahu aku tidak pernah memberi apa - apa kepada sesiapa. Satu perkara yang ingin aku katakan. Jika kamu percaya dengan aturan hidup, redhalah. Ikut saja aliran hidup kamu. Tak susah kan? Jadilah seperti daun kering yang redha dengan haluan dirinya yang bergerak mengikut arus sungai.

MAAF dari aku. Andai ada yang tak suka dengan entri ini. MAAF. Ini blog persendirian tuan tanah.




sesungguhnya kita tak tahu bila tarikh luput nyawa kita..



*Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati*

#Untitled :)

Assalamualaikum.... Hi anda! 



Di bawah ini, hanya sebingkis coretan minda yang tengah 'berehat' dari tugasan. Bacalah kalau sudi. Bagi 'feedback' juga ya. :)







Pagi itu, matahari terbit lagi. Memancarkan cahaya segar ke pipi comel si anak gadis. Biasanya, jam sebegitu dia sudah pergi menggalas beg tangan dan memutar stereng kereta menuju ke ujana ilmu. Tapi, pagi ini dia seperti tidak berselera untuk turun awal. Hanya satu perkara yang ligat bermain di kotak mindanya. Perkara itu membelit akalnya dari semalam lagi.


“Pening.. pening. Benda macam ni, mesti dapat kelulusan aku dulu.” Rungutnya sambil menuruni tangga menuju ke ruangan mengisi perut. Kalau bukan kerana perut ni berdondang sayang, tak mungkin aku akan turun. Bukan! Eeee…. Apa yang ada dalam kepala aku ni? Kenapa semuanya serba tak kena? Kenapa? Kenapa? Aduh…..!


Dek kerana terlalu melayan perasaan, aku sendiri tak perasan yang aku telah menapak di ruangan dapur. Kalau dihadapkan cermin ke muka aku, memang nyata dan jelas kelihatan garis – garis penuaan di dahiku ini. Dengan selamba aku melihat ke arah Pak Su dan Mak Su. Eh, kenapa aku tengok Pak Su dan Mak Su dengan pandangan macam ni? Aku menjeling ke tadi tu? Harap – haraplah tidak!


“Hai, tak pergi lagi? Selalunya, dah tak nampak bayang – bayang kamu kalau dah jam sebegini.” Sindir Pak Su. Rupa – rupanya, Pak Su nak halau aku keluar awal – awal. Ni mesti kes nak bermanja mesra dengan Mak Su. Fikiranku mula melayang lagi. Siapa agaknya orang yang berani sangat jumpa dengan abang tu ya? “Eherm.” Deheman Pak Su mematikan lamunanku. Kacau daun betullah Pak Su ni. Satu garis senyuman kudihadiahkan kepada lelaki bermisai sejemput itu supaya lamunanku tidak diganggu. “Masih memikirkan berita semalam?” soal Pak Su dengan muka serius. Alahai Pak Su, kenapa soalan itu juga yang Pak Su tanyakan? Takkan tak ada soalan lain? Kenapa mesti bangkitkan perkara yang Qilah dah kuburkan semalam?


“Mak Su, sedapnya bau.” Kataku kepada Mak Su. Bau harum nasi goreng kampung yang Mak Su sediakan aku jadikan sebagai bahan untuk menukar topik yang merimaskan kepala. Soalan Pak Su aku biarkan tergantung tak bertali. Bukan aku nak tunjuk kurang ajar kepada Pak Su tapi sekarang ni hal itu membuatkan aku rimas. Teramat rimas!


“Kamu tu, jangan nak tukar topik. Mak Su kenal sangat dengan kamu.” Kata Mak Su sambil tangannya mengaut nasi goreng kampung superb hasil air tangan Mak Su sendiri ke dalam mangkuk. Memang nampak menyelerakan nasi goreng kampung tu. Apa taknya, baru siap masak. Masih berasap lagi tu. Pergggh! Oh ya! Mak Su ni cekap sangat kalau bab – bab ‘menghidu’ aku menukar topik. Sepantas kilat Mak Su boleh potong line orang tengah bercakap.


“Iye lah Mak Su.” Akurku lemah. Sepanjang aku hidup dengan Mak Su dan Pak Su, Mak Su lah mak aku. Pak Su lah ayah aku. Abang pula, setahun sekali baru bercuti. Ahh, abang. Kenapa semalam tiba – tiba abang luahkan masalah itu? Itu bukan masalah tapi bala. Bala yang tak mungkin akan aku hadapi. Aku hanya mampu berbicara dengan hatiku sendiri. Memberontak pun, hanya aku dan hatiku sahaja yang tahu. Nak diluahkan kepada Mak Su dan Pak Su, memang taklah. Mereka tu geng komplot.


“Kamu ni Aqilah, tak ada kuliah ke?” soal Pak Su sambil matanya fokus ke arah surat khabar. “Pak Su, hari ini kan cuti umum.” Jawapan ringkas penuh helahku hampir berjaya dan kelihatan Pak Su seakan mengerti dengan anggukan lemahnya. Mungkin tengah berfikir agaknya. Ye lah, mana ada cuti umum hari ni. Paling tak pun, aku sendiri yang buat cuti untuk diri sendiri.


“Eh, cuti apa hari ni? Kamu mainkan Pak Su ye?” soal Pak Su yang baru menyedari dirinya dipermainkan olehku. Lantas jarinya menjentik jariku. “Apa ni Pak Su? Tak bestlah main jentik – jentik ni.” Rajukku.


 “Ni, jari kamu ni, takkan nak biar macam ni je? Tak ceria langsung.” Gurauan Pak Su makin menusuk fikiranku yang memang dari tadi tengah kusut. “Mak Su, tolonglah Qilah. Tak naklah dengar hal tu lagi. Qilah tak nak fikir pasal benda tu dulu. Masih banyak perkara yang Qilah nak ca….” Belum sempat aku menghabiskan ayat terakhirku, Pak Su menyampuk. “Kamu fikir, dengan hidup single ni, kamu boleh buat semua? Dah nikah tak dapat nak buat apa – apa? Cuba kamu tengok Mak Su kamu tu. Kami bernikah masa dia masih study lagi. Masih juga dapat capai cita – cita dia. Berjaya lagi, kan?”


Hujah Pak Su memang boleh aku bidas tapi kerana hormat, aku diamkan. Sekali lagi, satu senyuman kuhadiahkan kepada Pak Su. “Qilah tahu. Apa yang Pak Su dan Mak Su cuba lakukan adalah demi kebahagiaan Qilah. Tapi, bukan semua orang mampu jadi seperti apa yang Pak Su dan Mak Su maksudkan. Qilah sedar setakat mana kemampuan Qilah.” Ayat itu hanya singgah di pangkal minda dan tersekat di situ. Takkan terluah dek lidah yang tak bertulang. Saat ini, hatiku terasa hendak memberontak. Tapi apakan daya, kuasa ada di tangan mereka.


Selesai menjamu nasi goreng kampung hasil air tangan Mak Su, kunci kereta kugenggam kuat. Bukan marah. Tapi kecewa. “Pak Su, Mak Su.. Qilah pergi dulu ya?” ucapku sambil menyalami kedua – duanya. “Hati – hati bawa kereta. Jangan bawa laju sangat. Fikiran jangan melayang. Ingat, kamu tu buah hati abang kamu.” Pesanan ringkas Mak Su kini bukanlah seringkas dahulu. Mendengar pesanan Mak Su, hatiku seolah – olah tersenyum. Mesti Umi macam ni kalau dia ada. Ya. Mungkin. Eh, tak. Fikiranku kacau lagi. Hanya sepatah perkataan. ‘Umi’.


Melihat kereta berwarna merah kesayanganku belum bergerak, Pak Su melaung dari kolam ikan mini di tepi garaj. “Sudah – sudahlah termenung tu Qilah. Tak ke mana kamu kalau enjin kereta tu tak hidup.” Lamunan panjangku terganggu sebaik suara Pak Su berkumandang di cuping telinga. Fikiran warasku kembali semula ke alam nyata. Enjin kereta dihidupkan. Pemanduan dimulakan dengan ungkapan basmallah. Semoga Allah redha dengan perjalanan ini.


*********************************


“Encik, minta maaf ye. Boleh tolong alihkan motor encik, tak? Kan kawasan ni tempat parkir kereta? Tempat parkir motor ada depan kafe tu.” Kataku kepada seorang pemuda yang hendak meletakkan motornya di lot parkir yang memuatkan sebuah kereta. Dalam hati, aku hampir menjerit kepada pemuda itu. “Dahlah susah nak cari parkir kat sini. Boleh – boleh pula dia parkir kat tempat yang dikhaskan untuk kereta.”


“Apa dia, cik?” soal pemuda itu selamba sambil tangannya mengemaskan rambutnya yang kelihatan tak senonoh itu. “Eh, kuat ke suara aku? Aku cakap dalam hati je pun. Takkan dia boleh dengar isi hati aku?” sempat aku bermonolog di dalam hati.


“Cik, sudah – sudahlah bercakap dengan hati tu. Kalau cik nak berbual, saya boleh temankan cik.” Tawar si pemuda dengan satu senyuman manis. Itu bukanlah manis. Itu senyuman menggoda. Tapi maaflah, aku tak minat lelaki yang murah menawarkan dirinya dengan orang yang dia tak kenal. Tapi kan, dia ni memang manis pun. Raut wajah dia tu yang manis. “Eh, apa aku merepek ni?” sempat aku berkhayal. “Maaf, saya mengejar masa. Lagipun, tak elok berbual dengan orang yang bukan muhrim. Lebih – lebih lagi di tempat macam ni. Kan, encik?”


“A..aah! Betul tu. Pandai juga cik ni ye. Ingatkan tahu bercakap seorang – seorang je tadi.” Balasnya sambil mengalihkan motornya dari lot parkir tersebut. “Alhamdulillah, Allah beri saya akal untuk berfikir dan Alhamdulillah juga kalau saya ni pandai.” Ucapku sopan kepada pemuda itu. Tapi yang sebenarnya, kata – kata yang terpacul dari mindaku ialah “Alhamdulillah, pemberian Allah dan semestinya aku pandai. Ikut Umi dan Abah.”


Hari penuh masalah ini taklah nampak bermasalah sangat sebab masa kuliah tadi, seorang pensyarah pun tak masuk. Jadinya, aku merayau ke perpustakaan. Di situ pun, aku tak jumpa apa – apa masalah. Pak Su dan Mak Su pun dah tak bangitkan hal itu lagi.


***********************************


“Qilah, mari sini. Mama dan Abah suruh turun cepat.” Kak Chik menyampaikan arahan orang tuanya dengan nafas yang tercungap – cungap di muka pintu. Kesian pula aku tengok Kak Chik ni. “Untuk apa? Qilah nak solat Asar dulu. Bagitahu Pak Su dan Mak Su, nanti Qilah turun. Boleh?” Hanya solat dapat menenangkan hatiku pada masa ini. Takkan ada yang lain. Ya, takkan ada.


“Manalah Kak Chik tahu. Ok sayang! Boleh je!” Kak Chik tetap menjawab dengan ringkas dan straight to the point walau mukanya jelas kelihatan lelah. Ayat anak gadis Pak Su dan Mak Su ni takkan ada bunga – bunga punya. Memang direct. Macam orangnya, memang open dalam segenap bab dan disebabkan itulah aku selalu meluahkan semua benda yang merungsingkan aku.


Usai solat, aku turun ke bawah. Satu helaan panjang dan berat aku lepaskan sebaik kakiku memijak tangga terakhir. Dari kejauhan, bunyi riuh – rendah suara Pak Su dan Mak Su kedengaran. “Ya Allah, dapatkah aku menempuh saat ini? Permudahkanlah bagiku, Ya Rabb.” Hanya itu doa yang mampu aku tadahkan. Siapa sangka secepat ini majlis ini berlangsung. “Aduh, aku berdiri lama – lama kat sini kenapa? Kaki ni berat sangat ke?” Satu lagi soalan aku lontarkan kepada diriku sendiri sambil kakiku melangkah ke ruang tamu. Sebaik jasadku terpacak di ruang tamu, Kak Chik menarik tanganku untuk duduk di sisinya.


Situasi pada masa ni memang tegang. Terutama sekali muka Pak Su dan Mak Su. Saat ini, aku boleh ibaratkan seperti aku tengah berada di kawasan perang. Aduh, aku tak mampu nak melihat Pak Su dan Mak Su.


“Qilah, hari ni Pak Su dan Mak Su nak tahu keputusan kamu. Dah ada jawapan?” akhirnya, terpacul juga soalan itu dari bibir Pak Su. Soalan itu membuatkan aku memejamkan mataku rapat. Serapat – rapatnya. Aku perlu mendengar kata hatiku. Aku wajib! Kalau tak, aku takkan dapat hidup dengan aman dan tenteram lagi.


Kepala kuangkat lemah. Nafas ya ku hela terasa berat walhal udara itu tak berjisim pun. “Umm…. Qi..Qilah bersedia.” Ucapku lemah. 

***************************************


*ada sambungan gik kot. Tp xtau la bila… sori.. karya x berapa umphh! J

#ringan

Assalamualaikum. Hai kamu! :)



Alhamdulillah, hujung minggu ni, si mata ringan untuk celik awal pagi dan yang paling penting, nafas masih dipinjamkan-Nya. Masih terasa ringan. Kenapa ringan?


Sebab, Allah nak permudahkan kita. Cuba bayangkan masa kita selesema (jak/je). Kita susah nak bernafas, kan? Ibaratnya, nafas itu terasa berat. Sukar untuk kita hirup.


Si mata yang ringan untuk celik awal pagi. Sesetengah orang, susah untuk mata mereka celik di awal pagi. Sebab apa? Banyak sebab. Mungkin lambat tidur dan banyak sebab lagi. 


Dulu, aku pun salah seorang daripada golongan lambat tidur, berat mata dan akibatnya, berat tulang. Tapi sekarang, aku biasakan diri tidur awal. Siapkan kerja awal, ringan-ringankan tulang untuk mengemas bilik dan sebagainya. 



"Hiduplah di jalan-Nya dengan niat Lillahi ta'ala"

#Tatihku

Assalamualaikum. Hai anda semua. Satu senyuman buat setiap kamu. :)



Alhamdulillah. Tahun ini masuk (hampir) 4 tahun aku menjadi pelatih. Guru pelatih. Sejujur dan sebenarnya, aku dulu mahu melanjutkan pelajaran ke universiti yang mana keluasannya lebih luas berbanding tempat ini. Tapi sekarang, aku lebih suka belajar di sini. Aku bersyukur aku menerima tawaran masuk ke sini kerana di sini, ada perkara yang banyak mengubah aku. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. :)


Terima kasih duhai teman kerana sokongan kamu, aku begini. 


Pada dasarnya, banyak kelemahan dan keburukan yang aku pamerkan. Malah, ada kejahilan terselit di lembah kelemahan aku. Namun, kuasa Ilahi. Si jahil mula bertatih menuju cinta-Nya. Walau aku masih mencari, ada yang memimpin aku menuju arah kebaikan. Mereka teman juga kakak - kakak dan adik - adik aku. Terima kasih.


Perubahan setiap individu bukan untuk mendapatkan pujian atau mengikut trend. Walaupun hal sebenarnya begitu, ia tidak akan kekal dengan tujuan asal. Ia akan menjadi satu perkara yang hanya Lillahi ta'ala.


Si jahil telah sedar
Kini meniti laluan dengan keinsafan.
Moga Allah redha.


"Hiduplah di jalan-Nya dengan niat Lillahi ta'ala"

senyum.. :)

Assalamualaikum..

Dah akhe dh tok eh. bok mok ngepost lam blog. *aplikasi bahasa utama aku buat masa ni* :)

Sila abaikan ayat di atas.

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)



See. Antara kelebihan senyuman. Dengan satu senyuman sahaja, kita seakan memberi sedekah. Kalau ketawa? Ketawa terbahak - bahak? Wallahualam. Tapi yang pastinya, senyuman itu banyak. Ada yang tulus, ada yang tidak. Yang tulus itu, lahirnya dari hati dan yang tidak itu, lahir dari rekaan semata. Contohnya, masa nak mengedik la. Lelaki otw nak mengurat si anak dara orang. *betul kot*


So, esok pagi, lepas bangun, masa bersiap pakai pakaian tu tengok - tengoklah cermin dan beri senyuman kepada diri sendiri. Semoga anda, anda dan anda bersemangat! :)



aku yang hipokrit! :'(

Assalamualaikum..

Minggu ni aku rajin nak turun ke libry. Dan dengan jujurnya aku mengaku, selama beberapa bulan, kakiku tidak menapak di libry. Minggu ni pun rajin sebab minggu depan exam. So, ready awal la! Dah la ada 5 paper! *mungkin aku akan menangis teresak-esak kalau aku tak ready awal!*



*aku yang hipokrit kerana make-up*
aku yang gumuk



Memang rasa hipokrit pun masa pakai make-up! seyes! Aku dah la jarang dan janggal kalau bab pakai make-up. Pegi kelas pun tempek kompek je. Outing pun, tempek kompek. Semua krim-krim tidak berguna lagi kepadaku. 



Oh, gambar di atas diambik oleh super senior aku masa dinner kami. Dan cik akak yg tuang air tu classmate aku dan begitu juga yang sebelah dia tu.



Ok. Sekarang masa untuk lari dari dunia khayalan. Aku sedar aku patut buka semua nota-nota yang ada.. kbye. :)

tuan tanah datang menebas rumput.. :)

Assalamualaikum! 


betapa panjangnya rumput di tanah blog ini. mana tidaknya, berbulan - bulan tuan tanah biarkan tanah ini. 

daku, tuan tanah blog ini.
bukan aku lupa akan kewujudan blog ini. tapi, aku tak ada idea ataupun cerita yang 'best' (kata orang putih a.k.a orang Inggeris). lagipun, dalam beberapa bulan ini, perkara bernama 'sibuk' itu sering datang berdamping dengan aku. dalam kesibukan itu, alhamdulillah. tugasan - tugasan aku, dapat aku siapkan. (tugasan inilah juga antara penyebab aku langsung tak sentuh blog ini. kalau aku sentuh, makanya........ tugasan aku lari ke dasar Laut China Selatan.)


dalam beberapa bulan ini juga, banyak aktiviti yang aku 'join'. 

  • kuliah ilmu :
      1. program Bicara Agama bersama Ustaz Kazim Elias
      2. lantunan mahabbah bersama Syeikh Zainul Asri
      3. talkshow Hidayah Itu Amat Bernilai bersama Sham Kamikaze
      4. bicara Wacana Cinta ; Cinta High Class bersama Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi
  • 'match' bola jaring
  • perkhemahan Unit Beruniform
  • kursus pra-perkahwinan
  • dan ada macam - macam lagilah...

*mungkin, blog aku akan bertukar isinya dan itu bukanlah untuk menunjukkan aku  seorang yang terlalu alim. aku juga bukanlah pejuang teragung agamaku. tapi, sekadar hamba biasa yang inginkan perubahan dalam kehidupan, insyaAllah, itu aku. 

it's EXAM, dear!

Assalamualaikum. Hi anda! :)


situasi aku dating. oh, itu bekalan untuk membuka mata..





uhhh... McD!! mau McD!!!!



dah la. k, sekian.


k, baii! :)

dedicated to dearest man in my life. ♥, bapak.





tunggang langgang ayat omputih aku untuk tajuk entry kali ini. apa-apa pun, bapak, sorry. anak bapak yang satu-satunya ompuan ni meminta puji lebih-lebih dengan bapak. :))

bila ia pasal cintan.

Assalamualaikum. Hi!



satu hari, sedang seorang kawan duduk diam-diam bukak pisbok, tweter.......
"percaya x aku dah clash?"

dengan anggukkan bengong, sambil mulut dicebikkan. bukan x percaya. tapi masih mamai. kenyataan ka main-main? tapi akhirnya, tersedar dari lamunan kemamaian. "itu kenyataan".


dan hati masih berada dalam tahap pemulihan dan bukannya pengayaan. dan sebagai kawan, kata-kata semangat yang masuk merayap ke tangkai hati perlu disalurkan. bukan mau tunjuk baik tapi untuk menguatkan kawan.



dulu, aku pernah rasa benda yang sama. dulu, aku sendiri-sendiri kuatkan diri. dulu, aku betul-betul rasa kehilangan. tapi hakikatnya, aku yang menghilangkan semua kehilangan yang aku rasa. aku tersedar, aku yang buatkan aku alami kehilangan itu.



tapi, semua disebabkan kamu. yang ada di kiri, kanan, depan dan belakang aku. buatkan aku lupa. buatkan aku rasa terjaga.



hujung minggu lepas, selepas dengar ayat "jangan bersedih kerana masih belum berpunya" buatkan aku rasa kuat dan lebih kuat lagi. masa dengar ayat tu, aku rasa.... dengan automatiknya, aku senyum sendiri.



sekarang, ♥ hatiku bukan terarah kepada seorang. semua orang.  




mahalkan cintamu, rendahkan maharmu.



bila masa study week, baru blog ini akan bertukar entry. kalau bukan sebab tekanan perasaan, tekanan mental punya entry. sila abaikan ayat tunggang terbalik aku.  sekarang ni pun, mata aku dah jadi tempat buaian setan-setan *kasar berabis ayat* yang menggoda aku untuk tidur.

cerita di pagi hari Sabtu

Assalamualaikum. Hi anda! 


tepat 7 pagi. ketukan berdentum - dentum di pintu kedengaran. aku yang kemamaian terus membuka pintu. tengok Kak Fia di depan pintu sambil suruh aku bangun, aku angguk kepala. tapi selepas itu, aku landing balik. *memang liat la bangun awal - awal pagi. lebih - lebih lagi hujung minggu. nasib baik ABC. :)"

7.30, Faezah call. "dah masak air? takut guna heater. nanti aku ambik. ko pegi mandi dulu la. ko jangan kunci pintu. tq. "


dan akhirnya baru aku bergegas pergi mandi. *konon - kononnya bergegas la..*


8.20 + pagi, kami bertiga keluar asrama. pergi...........



alhamdulillah, aku dapat ilmu yang banyak daripada majlis ilmu ni. imu tentang cinta. cintaku, bukannya murah untuk aku jaja kepada mana - mana Adam di muka bumi ini. memang dulu, aku pernah murahkan cintaku untuk si Adam. tapi, aku sedar. kesian bakal laki aku nanti. ya la, aku dah rindu - rinduan dengan lelaki lain, ucap kata sayang dengan lelaki lain. jahatnya aku..... apa yang aku cakap bukan mau tunjuk aku alim. aku x alim. langsung x alim. tapi jangan la cakap, ele x alim tapi cakap macam budak alim. trip2 alim la tu. sorry la kalau entry aku buatkan kamu berdosa.



dari satu video yang ditayangkan,

"you will know when you're ready"

dan aku tahu aku 'not ready yet' untuk ada jantung pisang (sebab hati aku rasanya x dapat berbuah. hahaha. loyar buruk!). dan kalau aku dah sedia, entah bila, aku rasa nebes kali. kali jak bukan berkali - kali. kalau aku dah sedia, aku harap orang tu pun sedia. terima aku yang memang banyak kekurangan. yang selalu bergantung dengan orang.



aku dulu memang berkapel. seyess. tapi last2, aku putuskan. aku yang minta putus dan tutup hati yang bukan milik aku. masa tu, aku rasa.. aku lebih perlukan family n kawan - kawan aku dan bukannya seorang yang bernama 'boyfriend'. aku bukan mau cakap orang yang berkapel tu jahat dan salah. aku bukan labelkan orang berkapel tu lupakan falimy dan kawan - kawan dorang. aku x pernah anggap orang berkapel begitu. aku biasa - biasa jak kalau ada yang berkapel. kawan - kawan aku ada yang berkapel. aku langsung x ada masalah kalau kawan - kawan aku berkapel. aku doakan kapel dorang tu adalah jodoh dorang, di dunia dan akhirat. insyaAllah.



"kebijaksanaan kita pada hari ini berasal daripada keb**o*an kita pada masa lalu"




benda - benda yang tertutup tidak selamanya tertutup. akan tiba masanya untuk ia terbuka dan untuk membuka benda - benda tertutup, perlulah ada kuncinya juga ada masanya. jadi, untuk kawan - kawan aku, jangan risau dengan aku. aku masih normal, ada hati dengan kaum Adam. tapi sekarang, hati yang bukan milik aku ni, belum bersedia untuk membuka ruang yang sempit untuk menempatkan dia.





sahabatku,
memang benar aku menutup pintu hatiku,
memarahi kamu yang memainkan untuk memadankan aku dengan dia,
bertanya kenapa aku belum ada yang istimewa.


tapi sahabatku,
ingin aku katakan kepada kamu,
bukan ku punya hati ini,
aku cuma dipinjamkan hati ini selagi aku bernafas.


jadi sahabatku,
aku harap kalian membantu aku,
terus menjaga aku,
agar aku tetap dengan pendirianku.


sahabatku,
bukan aku tidak pernah terdetik untuk menerima cadangan kamu,
tapi aku takut untuk terus hanyut dengan duniaku,
yang mungkin tersimpang dari jalan yang sepatutnya.


oleh itu sahabatku,
bantu aku dengan doa kalian,
agar aku bertemu dengan si Adam,
yang membawa aku dan dirinya ke jalan Ilahi.



mode aku berpuisi sudah datang.............. dahlah jiwang. kan kan kan??


tu jak la yang aku rasa aku mau post. nanti tambah jiwang aku. kalau adik - beradik aku baca ni, konpom dorang cakap, Jue mau kawen sudah. grrrr! mak bapak belum bagi green light! habiskan study dulu baru green light datang...



k, sekian..... baiii.

bangun pagi sedar diri

Assalamualaikum. Hi anda!

empunya blog ini dah masuk 2+. bukan 2 tahun + bulan tapi 20 lebih tahun. bukan lebih punya lebih. itu secret.


terima kasih mak, lahirkan anak perempuan ( satu-satunya anak perempuan mak dan bapak, kan kan kan? ) yang selalu laaaaa minta puji, mengada - ngada, kan kan kan? semua benda, "Pak, tolong.." "Mak, itu... ini.." bertuah kan anak ini? rindunya dengan rumah. seyes. gila punya rindu. kelmarin mesti bapak n mak sengaja x call kan? takut aku tiba2 nangis.. kek aku mana? ingat dulu, bapak belikan satu kek, tapi bukan untuk aku 1 orang. share dengan abang. sebab abang lahir 5 Mei, aku 2 Mei. jadi, kek untuk aku, "belated" punya n abang, "advanced" punya.

apa- apa pun, aku bersyukur masih bernyawa dan hidup berjauhan dari family. (gilak punya happy hidup jauh dari family! tapi hakikatnya, menangis jak kerja..) bulan kelahiran aku ni bulan exam. ok, dah.


sekian, baii! :)

#

sorry for have that kind of behavior...

aku kini di Padang Pasir!

Assalamualaikum. HI! :)


Siapa sudah tidur, jangan bangun! siapa yang masih celik, bukak besar-besar lagi mata anda! *tiba-tiba Kak Fia say "goodnight, Jue".. maksudnya, perlu tidur sekarang juga.* tapi, kerja masih bertimbun..... dan aku sedang berada di Padang Pasir yang kering kontang.



kering kontang dan kering kontang.




kering kontang seluruh mindaku masa buat assignment. sekarang ni, buang masa sebentar bersama blog yang tidak femes dan tidak dikenali. aaah, aku dah ngantuk.




jangan marahkan aku sebab kamu pening baca ayat-ayat tunggal yang berliku-liku.



sekian, baii.

human being

Assalamualaikum. HI! :)

pagi ini, pagi yang sungguh x best. rasa kurang sihat sudah datang menjelma. kesibukan yang melampau masih ada.


MANUSIA ITU BUKANNYA ROBOT.


sekian, baii.

aku lari lagi.

Assalamualaikum. HI! :)

malam ini masih lagi jari-jemari aku yang sudah kembang semangkuks menari-nari di atas papan kekunci yang tak berkunci. itu maksudnya, masih lagi aku buat assignment yang perlu disubmit minggu depan dan depan. cakap mau buat kerja kan? tapi sebenarnya mata aku tengok tv! AMUKAN POCONG! tengok la betul-betul Jue. nanti ko rasa amukan pensyarah ko nanti. haha.


dan sekarang ini juga, aku tengah melalak *tak sopan langsung!* berkaraoke dalam bilik. semua genre masuk ok?! bukan mau jadi penyanyi. saja buang rasa ngantuk yang berratnya berpuluh kilo dah ni.


AKU RINDU PADA SI BAYU YANG SENTIASA ADA DI SANA. *giwang-giwang!*


kekoheranan dan struktur ayat yang memang lari sama sekali. lagsung tidak gramatis dan memerlukan pemulihan lagi. ouh, aku bukan budak pemulihan. aku budak yang suka biar blog aku cakap apa yang aku rasa. guuh, sila jangan tacing ya hati.

untuk kamu, maaf. aku lari lagi. lai dan lagi. sila jangan kejar *tolong kejar cepat sebelum aku terbang pulak!*.

k, sekian, baii.

alhamdulillah.

Assalamualaikum. HI! :)


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. syukur alhamdulillah. tugasan aku dah siap. walaupun masih ada baki 3 lagi tugasan, tapi aku bersyukur gila-gila. *aku langsung x gila, ok?* dan petang tadi, aku dapat melelapkan mata yang memang sudah diyakini kekuyuan dan keberatannya adalah hampir tidak menampakkan biji mata.


tapi, sempat aku buat itu. buat ini. dan satu benda yang aku rasa sangat tersirat masa tengok si cawan yang posing depan cermin. hasilnya, aku suka!!

gambar yang tidak diubahsuai. dimasukkan terus menerus melalui wi-fi kampus. :)


masa tengok gambar ni kan, banyak perkara pusing-pusing dalam kepala aku.
dan itu sahaja, sekian. :)

hari berbahagiaku.

Assalamualaikum. HI! :)


ALHAMDULILLAH. hari berbahagia yang aku nantikan tiba juga.


kembang semangkuk jari itu. :P


siapa sangka kan? hari paling bahagia datang. nebes? langsung xda. aku rilek habis. x main la nebes-nebes. besok pun boleh hantar assignment. mesti ko dah pening kan? gambar tu xda kaitan langsung dengan hari berbahagia aku. sebabnya, hari berbahagia aku, hari ini. yakni HARI TAK ADA KULIAH. bahagia la tu kan? bahagia sebab boleh bangun tidur bangun tidur lagi sesuka hati. haha. *jangan ditanya pasal cincin itu*



sila jangan sekeh kepala aku. jangan mencaci sumpah seranah aku. aku tengah hilang idea nak buat assignment sekarang ni. jadi, aku buat entry melalut macam biasa la. tak boleh? ada aku kisah? ini blog aku. *jangan marah. nanti kena jual!* :)



k, dah puas senyum-senyum buat entry. aku nak sambung dating dengan Encik A. a.k.a Encik Assignment!
sekian, k baii. :)

akhirnya. mata panda kembali.

Assalamualaikum. Hi! :)

bertolak jam 3.30 petang dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu Terminal 2 dan mendarat dalam jam 5.05 petang di KIA. uhhhh! serius, aku x mau balik asrama. inilah padahnya kalau cuti lebih-lebih. dan sekarang, aku buat pecutan terakhir untuk assignment aku. *padan muka. sapa suruh enjoy habis masa cuti*.


ini gambar langsung tak ada kaitan. saja nak masukkan. 



assignment aku bertimbun lagi. dan aku nak goleng-goleng meraung sambil menekan papan kekunci yang tak ada kunci ni laju - laju. 


entry yang macam tak ada koheren dengan tajuk kan? lari dari topik maknanya, markah 0. 

k, baii.

cikgu macam matahari.

Assalamualaikum. hi! :)


akhirnya, malam ini boleh tidur dengan lena. besok x payah turun sekolah. dah habis rupanya SBE aku. rindu pula dengan murid-murid di sekolah. malam ni packing. besok awal pagi naik bas balik KK. benda paling susah aku buat, mesti ka aku packing? *ayat tidak gramatis dan perlukan pemulihan!*


aktiviti pemulihan kemahiran menulis murid. mari cikgu tunjukkan. :P


dan, aku x rasa happy. rasa sebak ada la. lebih-lebih lagi, masa murid ucap 'thank you teacher and goodbye teacher!'. aduh, macam mau peluk sorang-sorang jak. *tacing-tacing*

masa tunggu bapa kawan di tepi jalan raya. ada 4 ke 5 orang murid lelaki main straw. dorang bawa cakap. so, layan jak la. ko mau ikut layan? baca dialog di bawah.

murid A : cikgu, cikgu balik sudah?
aku : iya. balik dah. minggu depan cikgu teda sudah sini.
murid B : cikgu, cikgu balik pegi kg mana?
aku : sana Tuaran
murid B : di mana cikgu? kampung apa?
aku : kamu pernah pegi Tuaran ka?
murid B : saya pegi KL lg tau cikgu.
aku : iya? pegi KK berapa kali sudah?
murid B : baru 2 / 3 kali. kalau KL, berkali - kali. cikgu, kg apa bah cikgu tinggal sana Tuaran?
aku : kamu bukan tau juga kg cikgu
murid A : itu la, bongol
aku : apa panggil kawan kamu gitu?
murid A: iya la bah cikgu. oh intan payung, kawanku yang  hensem.
aku : Aiman, bagus - bagus la sikit
murid A :cikgu, nama saya NUR. maksudnya, CAHAYA.
murid B : tapi kan cikgu, kalau tengok kulit dia ni, INI BUKAN CAHAYA. INI KEGELAPAN. (serius, aku macam mau ketawa goleng-goleng).
aku : kalau cikgu Yeth dengan cikgu?
murid B : (tengok muka Yeth) muka cikgu ni bercahaya. (tengok muka aku) muka cikgu macam matahari. ada merah-merah.

'merah-merah?' biar betul budak ni? itulah ketelusan dan kejujuran anak murid. ahhhh!

murid A : patut pun saya panas, cikgu ni matahari pula.
aku : tu la kamu gelap, kamu sentiasa panas!


seminggu. banyak benda yang dapat aku sedut, timba dan alami. macam hari ini. masuk kelas, murid tanya soalan MATH. apa lagi, aku pun ikut serta cari jawapan. dah beku, berkarat habis dah otak aku rupanya.


ok la. cukup. nanti aku terlebih-lebih.
sekian, kbaii. :)
Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH