cuti tanpa adik

assalamualaikum. hi anda!

hari ini Isnin. selalunya, aku tengah tahan mata yang didiami setan-setan untuk minit-minit terakhir sebelum jam 1 sebab pensyarah tengah berkuliah (ayat cikgu BM yang berterabur. sila jangan kecoh-kecohkan ayat ini, OK?). oleh kerana sekarang ini tengah cuti dan ada mesej masuk, aku tengah senyum sorang-sorang dalam bilik sambil laju- laju taip huruf atas keyboard ni. sudah! aku melencong! balik kepada usul bercuti. sekarang ni kan masa cuti sekolah anak murid para pendidik. so, cikgu- cikgu dan bakal-bakal cikgu pun kena cuti jugak. tapi, sekarang ini, aku cuti dengan Encik A a.k.a Encik Assignment. bukan Encik Axxxxxxx ok.


apa aku nak cakap tadi aa? makcik tua ni memang cepat hilang ingatan. jangan senyum. sila ketawa goleng-goleng.

masa cutimacam ni, aku memang harap semua adik-beradik aku balik. oh, bunyi macam ramai sangat adik-beradik padahal aku cuma ada abang dan sepasang adik kembar. aku duduk kat tengah-tengah. the only daughter, ok? mesti ko mau cakap aku ni manja gilak, mengada-ngada minta itu, minta ini kan? itu aku perlu diamkan. tak boleh bising, u! lagi-lagi aku melelat! potong line wireless saraf otak aku, boleh? -.-"

ini, si kurus a.k.a Adik. hahah. aku, d devil sister!

si kurus. Adik tak lari balik dari Labuan untuk minggu ni. ada aktiviti. opkos la kena utamakan aktiviti studi kan? dah budak ni memang kepala akademik jak. aku terer-terer pun tak dapat tanding dia. *sejak bila aku jadi terer?* mau luruh semua helaian rambut aku kalau aku nak dapatkan 4Flat macam Adik. dia, rilekssss gilak aku tengok. stok muvie, ambik dari aku bukan sikit. DOTA, jangan disebut. mainan juga makanan kepala Adik. apa-apa pun, aku tabik The Spring! (The Spring tu mall di Kuching. tempat lepas tension, kadang-kadang!)



ok, sekarang masa untuk pergi tinggalkan blog ini. jumpa lagi. dah jam 1 lebih. kalau kat asrama, aku dah dibuai mimpi! :)

anak dan mak

assalamualaikum..



bila lahir seorang bayi berjantina perempuan, maka hakikat sebenar mengenai peranan seorang perempuan/gadis/wanita adalah termaktub dengan sendirinya dalam diri bayi itu. bercerita pasal kelahiran, tugas melahirkan adalah terletak di bahu seorang wanita. 

wanita melahirkan zuriat suami untuk menyambung waris keturunan.

seorang anak *perempuan khasnya* akan malu untuk bertanya hal-hal sensored dengan mak. aku pun gitu juga. tapi dengan tiba-tiba aku boleh pula ringan mulut tanya mak aku.

"mak, lahirkan baby sakit ka?"
"mana sakit"

teruslah aku minta penjelasan lebih sikit. mak aku cakap bedah lagi sakit dari 'natural birth'. aku xdapat mau cakap apa. mak aku cakap dari pengalaman dia. baru tengok video orang bersalin jak ketakutan + kegelian + keseraman. tapi apa-apapun, seorang wanita adalah pembentuk insan soleh dan solehah.



"Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji."

excited dan sakai.

Assalamualaikum.

alhamdulillah, akhirnya terbuka lagi dinding bersawang ini. lama dah aku x conteng apa-apa dalam ni. malam ni, aku mau conteng puas-puas. tapi sekarang, aku hilang semua idea mau conteng apa dalam entry ni. kejap!
(aku memang blurr mau conteng pasal apa.)


baiklah. aku mulakan dengan apa yang jadi awal bulan Disember ni. minggu pertama tu, kazen aku bertunang. aku xda la penat betul sebab ramai orang kg tolong buat kerja. aku n kazen-kazen yang lain apa lagi, ambil kesempatan untuk buat kerja gila. sudah mak cik tu cakap stok kuih x banyak, kami makan lagi lebih - lebih. tapi x habis pun kuih tu kami makan. lepas tu, aku banyak 'tapuk' dalam rumah. malas mau jalan. kalau bab-bab jalan ni kan, aku minta maaf betul-betul. kalau aku xda kawan, aku malas NO. 1 mau jalan. jadi, dengan sukacitanya, aku mau bagitau yang masa cuti ni aku dapat cuti puas-puas. dah hilang mata panda aku. :)

rasanya Zorro n Gojet mau main keyboard lappy aku. dua-dua pun main pijak keyboard ni jak. nasib kamu dua sumil. kalau x, aku masukkan kamu dalam kotak kamu balik. sebelum aku lari keluar dari dinding blog ni, bagus aku cakap pasal tajuk aku tu kan?

excited dan sakai. bukan orang lain pun yang excited n sakai tu. aku juga. normallah kan kalau perasaan gila-gila gitu ada kan? sebenarnya, aku excited sebab jumpa Teh C Peng Special. minuman 'febret' aku kalau di Sarawak. x sangka pula ada minuman tu di Pekan Tuaran. rasa macam mau teriak kuat-kuat lepas nampak minuman tu depan mata. dan masa tu jugalah kesakaian aku muncul. terus kawan aku cakap, aku sakai. ok, aku terima dengan redha. jadi, kalau aku mengidam mau minum minuman tu, aku pegi jak Medan Selera di pekan. nasib jugalah xda orang duduk di meja sebelah, kalau x, malu habis......... :)

petang tadi, aku pegi culik kunci kereta. start enjin jak pun. aku x drive pegi luar kereta tu. mau dekat 1tahun dah lesen P. tapi..... faham-fahamlah. sudahlah masa buka pintu kereta tu, sempat lagi salah masuk kunci. dekat 1/2 jam baru kunci dapat keluar. mau nangis jak aku... dulu pun, aku juga yang buat kunci kereta patah. bertuah ada tangan 'monster'... :)

contengan bersama dua ekor kucing sumil. ♥
Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH