.20.

assalamualaikum... hi anda! hari ni dah masuk hari ke-20 puasa kita.
angka tu macam umur aku dah (bukan macam, memang!)
xlama lagi azan berkumandang, tandanya mau *berbuka dah. *sungkai = Sabah, sungkei = Sarawak.


hari ini, genaplah usiaku yang ke-20
hanya menanti waktu untuk pergi meninggalkan mereka
berangkat aku membawa kunjungan Syawal
dan mereka tersenyum kala pemergianku.


"wah, dah nak raya!"
aku masih lagi hidup dalam kehidupan mereka
tetapi, mereka menghalau aku.
dahulu, tatkala aku ingin bertandang riak mereka suram
hanya segelintir yang bahagia dengan kedatanganku.
"aduh, esok dah mula puasa!"


hari - hari aku lalui dengan pelbagai ragam
ada yang menahan nafsu mata, tapi seleranya?
ada pula yang menahan semua tapi lidahnya tetap mencanang.


tika dan saat ini, 
aku merasa sangat puas kerana hari - hariku bersama mereka penuh kenikmatan
aku membuatkan mereka bangun di subuh hari untuk menyiapkan diri mereka
aku memberikan mereka nikmat di kala berbuka
aku memberikan mereka malam Lailatul Qadr.


sesungguhnya, usiaku kini makin pendek.
tetapi, aku bersyukur kerana membawa pelbagai nikmat untuk mereka.




hidup kita bukannya di tangan kita. kepastian ada untuk meninggalkan bumi-Nya ini.
pendek atau panjang titian hidup ini, Dia lebih mengetahui.
ingatan buat diri jua teman. :)

No comments:

Post a Comment

Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH