hati-hati ya hati!

assalamualaikum. alhamdulillah. minggu MPPB dah siap! semuanya berjalan lancar! baru malam ini aku tergerak untuk buat entry baru.. seminggu lebih blog ini sunyi dari lalutan aku. biarlah aku melalut. ini blog aku. kalo ada yang rasa aku terlebih-lebih, sila tutup page ini. terima kasih! okeh, balik ke tajuk entry!


hati! perlu hati-hati kalo dah masuk bab hati! hati adalah tempat yang paling 'fragile' (kalo bahasa omputih!)! kadang-kadang, dengan hanya satu ayat, hati kita sudah meletup! kan? sila anguk kalo betul dan sila diam-diam kalo salah. dalam bahasa melayu pun ada peribahasa yang menggunakan 'hati'. contohnya, makan hati, murah hati, sakit hati, hati batu (kalo salah, maafkan!).

hati, tempat paling senang kotor! tiap masa, akan ada kejadian yang akan menjadikan kita mengalami pelbagai masalah hati. kalo senang hati, xpayah bising. tapi, jangan lupa bersyukur. setitik hitam, jika tidak dibersihkan, lama-kelamaan akan mengotori hati kita.



“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”




dan sesungguhnya, Dia telah menciptakan jasad kita, tumbuhan dan sekalian alam untuk menjadi ingatan kepada kita akan Dia Yang Maha Kuasa dengan ciptaanNya yang indah dan pelbagai di muka bumi ini. 

saat-saat terakhir.. :)

alhamdulillah.... cuti dah mo habis! dah masanya aku balik ke Sarawak pada esok hari! macam xpuas goleng-goleng di rumah! biarpun berat hati mo balik situ, tapi....... ku ringankan hati yang berat itu! skg ni pun belum tidur pasal baru siap packing barang (yang banyaknya, makanan jak!) dan tadi, nasib aku perasan yang flight aku tu jam 1350 dr BKI ke KCH.. bukan 1530! kalo aku xsedar tadi, alamatnya, aku terpaska beli tiket baru yang harganya akan berlipat ganda! kalo besok ada masa lagi, mo berjalan di tamu ma BF tersayang! (cik Fara n cik Wawa).



cuti kali ni best sebab dapat jumpa abang, n si kembar (adik-adikku).. tapi yang xbestnya tu, Mak Wa aku meninggal. semua orang terkejut sebab awal pagi tu, dia sempat lagi senyum-senyum, main-main. aku pun sempat lagi tengok arwah Mak Wa bercakap dengan Bobo pagi Selasa tu. alih-alih, mak aku kol suruh balik dari rumah kawan (bapa kawan meninggal hari Selasa tu juga) sebab arwah Mak Wa kononnya pengsan di kedai. bapaku cakap, ambulans akan datang bawa Mak Wa. x sangka pula yang ambulans tu hantar jasad Mak Wa yang kaku jak. mungkin bagi orang lain, ini perkara yang biasa. tapi bagi aku, family aku... ini suatu kejutan yang paling besar.

besok sepatutnya ada Mak Wa cium aku sebelum aku balik Sarawak! tiap kali aku balik Sarawak, dia yang akan cium aku.. tapi besok, xda lagi.

Setiap pinjaman yang ada di muka bumi ini akan kembali kepada pemilik asalnya, Yang Esa.

puding ouh puding

assalamualaikum..

hi kamu kamu dan kamu! sihat malam ni? konpom dh BW skg kan? jam 7 td memang xda orang yg BW tu kan... mata fokus tengok ceta Nora Elena kan? (sama macam akulah tu..). hari ini, happy gilo (dalam waras!) sebab dah dapat buat desert yang aku idam2kan sebelum ini..... terlebih eksaited aku tadi sebenarnya sampai gula tu hangus.. eh, jangan pening masa ku cakap pasal gula hangus tu.. bah, cukup2 lah dulu kita melalut aaa... sekarang, masa untuk kamu kamu dan kamu tenguk gambar puding tu..


nilah gambar puding yang aku buat petang tadi... oh ya! ni puding caramel! :)

sebenarnya, aku try buat jak petang tadi.. fikir xjadi sebab bahan2 yg sepatutnya ada tu xda kat aku (jangan pening!) sebelum ini, aku ada juga buat puding roti.. tu aku belajar masa Kem Bina Insan Guru dari fasi kumpulan aku.. yang itu, aku xda ambik gambar tapi masih ingat lagi la macam cara mo buat puding roti tu... kredit to fasi kumpulan Shark : Puan Zuely!

so, sekarang... cara2 mo buat puding caramel ni...
bahan-bahannya :
  1. telur : 6 biji
  2. susu cair / susu pekat : 1 tin
  3. gula : 3/4 cawan....
  4. air tu guna yang dr paip boleh, air mineral pun boleh.. 
  5. tepung : ku ada guna dua sudu tepung biasa tadi! hehehe
proses-proses sebelum puding terhasil :
  1. pukul telur dalam bekas yang sepatutnya, bukan dalam kuali okay!
  2. dalam bekas lain, masukkan susu cair / susu pekat dan air... kacau sampai sebati!
    *kalau guna susu pekat, guna setin boleh, guna separuh pun boleh...
  3. campurkan telur ke dalam susu cair/pekat dan air tadi.. dan masukkan sikit tepung!
  4. untuk caramel tu pula, masukkan air (1/4 cawan) dan gula (3/4 cawan) dalam kuali.. gaul sampai warna kekuning-kuningan.. jangan sampai hangus!
  5. masukkan caramel dalam loyang.
  6. masukkan campuran dalam no 3 tu dalam loyang.
  7. tutup loyang guna aluminium foil
  8. kukuslah dalam masa sejam..

kalau dah siap, jangan terus masuk mulut macam yang aku buat tadi ya! masukkan dalam peti sejuk! selamat mencubaaa yaaa! :)
Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH