.20.

assalamualaikum... hi anda! hari ni dah masuk hari ke-20 puasa kita.
angka tu macam umur aku dah (bukan macam, memang!)
xlama lagi azan berkumandang, tandanya mau *berbuka dah. *sungkai = Sabah, sungkei = Sarawak.


hari ini, genaplah usiaku yang ke-20
hanya menanti waktu untuk pergi meninggalkan mereka
berangkat aku membawa kunjungan Syawal
dan mereka tersenyum kala pemergianku.


"wah, dah nak raya!"
aku masih lagi hidup dalam kehidupan mereka
tetapi, mereka menghalau aku.
dahulu, tatkala aku ingin bertandang riak mereka suram
hanya segelintir yang bahagia dengan kedatanganku.
"aduh, esok dah mula puasa!"


hari - hari aku lalui dengan pelbagai ragam
ada yang menahan nafsu mata, tapi seleranya?
ada pula yang menahan semua tapi lidahnya tetap mencanang.


tika dan saat ini, 
aku merasa sangat puas kerana hari - hariku bersama mereka penuh kenikmatan
aku membuatkan mereka bangun di subuh hari untuk menyiapkan diri mereka
aku memberikan mereka nikmat di kala berbuka
aku memberikan mereka malam Lailatul Qadr.


sesungguhnya, usiaku kini makin pendek.
tetapi, aku bersyukur kerana membawa pelbagai nikmat untuk mereka.




hidup kita bukannya di tangan kita. kepastian ada untuk meninggalkan bumi-Nya ini.
pendek atau panjang titian hidup ini, Dia lebih mengetahui.
ingatan buat diri jua teman. :)

dibuli dan membuli

assalamualaikum. hi kamu, kamu dan kamu (macam banyak gila orang mo baca! kan? :P) 


buli - apakah maksudnya? silalah google sendiri ya. kalau rajin lagi, sila buka Kamus Dewan Edisi Ke-4 untuk cari maksudnya. ok, direct to d point! aku memang selalu kena buli. especially dibuli oleh adik- adik aku si kembar tu. sekarang ni pun, aku berhutang dengan dorang. balik raya nanti, siaplah aku kena buli! oh ya, sorang lagi pembuli aku, abang aku! nasiblah aku xda kakak. kalau ada, semestinyalah aku akan kena buli juga.

hey, suka hati jak nak buli aku! ingat kamu bertiga tu lelaki semua, senang-senang boleh buli aku ka? nasib ada bapa! my penyelamat. sebenarnya, bapa aku tu adalah pembuli besar. haha. so, setiap kali aku kena buli, aku confirm la akan report ngan bapa aku. then, mulalah aku mengada-ngada minta itu, minta ini... report itu, report ini.. tapi, bapa aku tu pun, bukan selalu by my side. kadang-kadang, aku pun bapa buli. ok, fine. saya yang menurut perintah encik M.

but, for sure, my mak is the best person in my life! even dia suka nagging, i love it! of course la i love it. sebab kalau kat rumah, she'll never open her mouth to marah-marah. ah, mak sekarang risau pasal kuih raya. 3 tahun lepas, aku ada lg tolong buat kuih kt rumah.. tahun lepas, ada si kembar. but now, xda siapa2 lagi di rumah tu. yang ada, mak n bapa jak. dan semestinyalah, Mohd Hairil tu yang akan buat rumah kecoh! aku paling geram ngan budak tu. setiap kali aku balik, confirm la dia yang akan jadi mangsa untuk aku buli. *jangan ikut aksi saya membuli budak 5 tahun, ok?

so, jika anda seorang pembuli, jangan fikir diri anda itu kuat. berkemungkinan, orang yang anda buli itu akan jadi lebih kuat untuk membuli anda. pesanan tulus ikhlas daripada cikgu Jue. :P



♥ ahlan wasahlan ya Ramadhan ♥

alhamdulillah, hari ini genap seminggu bulan Ramadhan menziarahi kita. rasa rindu yang teramat gila kian menghimpit diri (pula!). rasa kehangatan lebaran memanglah makin menjadi-jadi. terutama sekali waktu ni. aaa! rindunya!



──────▄▌█▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀▀▀▀▀▀▌
───▄▄██▌█
▄▄▄▌▐██▌█ ║▌║█║▌ Ketepiiiiiii Ketepiiiiiiiii █║▌║▌│
███████▌█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄​▄▄▄▄▄▄▄▄▌
▀❍▀▀▀▀▀▀▀❍❍▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀❍❍▀▀ ~♥♥♥~





'⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★

/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •*






dalam mukabuku ada kan ucapan macam tu? minta maaplah, baru sekarang ada mood nak buat enry pasal Ramadhan. nafsu untuk pot-pet2 hendaklah dikurangkan untuk bulan ini. dan bulan-bulan yang lain juga.




sabda Rasulullah : orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka dan kedua, kegembiraan ketika menemui Tuhannya.



akhir kata, kurangkan kata tanya, banyakkan kata kerja! ♥ ♥ ♥



kali ini, entry aku bkn wordless lagi. :P
Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH