SELAMAT HARI RAYA + SELAMAT HARI KEMERDEKAAN!

assalamualaikum.. 
hi kamu, kamu dan kamu.. masih mood beraya lagi kah? mesti belum hilang lagi mood beraya tu kan? mood beraya aku mo hilang sudah ni. xdapat mau beraya lebih - lebih. assignment banyak joo... sudah lah belum buat 1 pun.. esok lg ni dgr2 ada kakak sepupu mau datang. behh.. siaplah! mudah-mudahan assignment aku siap minggu ni juga! senang sikit kerja aku. nda la aku susah-susah.

masa raya pertama tu.. mestilah pergi menziarahi kubur saudara mara kan? aku pegi ok, kau ada pegi? kalau ada,baguslah.  tapi, yang bikin panas masa menziarahi kubur keluarga tu..... adakah patut budak-budak campur orang tua yang dah jadi bapa budak pun main mercun. kalau mercun yang bunyinya kecil tu nda apa juga. ini, terlampau.... kalau boleh jatuh ni jantung.... jatuh terus sudah tu. adab menziarahi kubur tu langsung x di jaga..

masa raya pertama tu... ramailah orang yang baju rayanya meriah2 jak warna.. aku, HITAM! macik-macik pun pelik tengok baju aku. mesti dorang fikir mama aku xda idea mau bg baju warna apa ngan aku. tu baju yang aku beli sendiri ok. bukan baju yang mama aku jahit. kalau mama aku jahit, confirm la yang kalerpul punya..



dan, sila lupakan lalutan di atas tu ya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTI MAAF ZAHIR DAN BATIN
DAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

beraya tu beraya juga. keselamatan dan kesihatan tu silalah jaga ya. jangan biarkan diri anda terbiar begitu sahaja dan merdekakan diri anda daripada belenggu assignment! (maksudnya, siapkan cepat tu assignment kamurang.)


dah puas aku pegi beraya rumah kawan hari ini, aku on9 la kejap. ambik mood buat assignment.. ok lah.. mengantuk! salam.. :)

No comments:

Post a Comment

Designed fully by Tuan Punya Tanah|Alright reserved by JUE IKHIAH